blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Jan 11, 2011

Aku dah jatuh cinta!




hai adik adik kakak kakak abang abang. awww! aku dah jatuh cinta! hahaha. seronok lah jatuh cinta! aku dah lama tak rasa macam ni. korang yang already jatuh cinta, apa rasanya eh? mesti dah tak best kan? aku baru jatuh cinta. rasanya seronok gila! weeeheehee. aku dah jatuh cinta dengan, eheh malu lah nak bagitau uolllss dengan siapa i jatuh cinta. kikiki. takpe lah. sebab title entry ni Aku Dah Jatuh Cinta, so aku akan bagitau jugak la dengan siapa aku terjatuh cinta. ngahahaha.















yeah! aku dah jatuh cinta dengan drama Hani! hahaha. seronok tau cite ni. aku start tengok drama ni episod 3. drama Hani ni dah sampai episod 5. aku cari kat Tv3 online, memang takde. nasib baik ade kat Youtube. catch up balik tengok dari episod 1 sampai 5.


Drama Hani TV3 mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak. Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.


cite ni setiap hari selasa pukul 9.00 malam. hari ni beb! aku nak tengok! hahaha.


Nur Fathia sebagai Ummu Hani


Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?


*okey. macam tu la jalan ceritanya yang aku copy paste. haha*


6 comments:

nelly said...

haha .
ingatkan sapa .

AwiEn said...

haha. gotcha!! :P ~

Cik Peanut said...

ala, x bestnyer, diorang x kawen ke? alaaaaa

AwiEn said...

cite ni baru episod 6. kena tengok lagi la diorang kawin ke tak. :D

✿ CikCimi said...

wahh~ mcm best je.
:)

AwiEn said...

try la tengok. best tau. heheh :D

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen