blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

May 18, 2011

For Awien's Precious Readers.

Peace be upon you, readers.

For those who already knew about the news, thanks for the wishes.
And for those who aren't clear, this is about my late sis. Yes, LATE sis, Azureen or Awien.
Awien; Seorang yang sangat kuat semangatnya melawan panyakit. Tak pernah sesekali dia menyalahkan takdir yang telah ditentukan ke atasnya.

Adik saya Awien telah kembali ke rahmatullah pada 18/5/2011 jam 1.00 tgh hari. Alhamdulillah, jenazah telah selamat dikebumikan selepas asar, semalam. Hanya saya, mak dan ayah saja yang bersama arwah di saat nafasnya yang terakhir. Dan hingga arwah dikebumikan hanya saya dan Sarah saja yang ada manakala adik beradik yang lain (Opi, Mida dan Ika) tak sempat untuk pulang ke rumah. Mida dan Ika sampai waktu Maghrib. Opi sampai pukul 1 pagi dari JB.

You don't know what it's like to see the sakratul maut, the greatest pain of all before you. Dan korang juga tak tahu bagaimana luluhnya rasa hati saya ketika membisikkan kalimah 'Lailahaillallah' di telinga arwah sementara menunggu emak dan ayah rushing back home from school dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. I knew I cannot do anything at that time. Just hoping that mom and dad can be home as soon as possible.

Actually, arwah masih lagi sedar pada pukul 8.30 pagi. Dia meminta supaya didudukkan dan oleh kerana dia tak boleh duduk dengan sendiri maka saya memangku arwah di dada saya. Nafasnya seperti orang yang sangat penat. Memang begitu kebiasaannya. Saya bertanya sama ada dia haus atau lapar. Cuma dijawab dengan gelengan kepala yang lemah. Hanya mengangguk bila ditanya sama ada mahu baring semula.

Pada pukul 11 pagi, saya pelik kenapa dia tak menukar posisi baring walaupun sedikit. So I checked on her. Panggil nama dia berulangkali tapi takde respon. I called my mom. Pada masa emak saya sampai di rumah, nafas Awien teramat penat dan kadang-kadang seperti putus-putus. Awien dah nazak!

Dalam keadaan kelam kabut, mak suruh saya menelefon ayah supaya balik. Entah kenapa kami berdua rasa macam lama sangat untuk ayah sampai ke rumah. Akhirnya ayah sampai juga. Itupun ayah tak ambil u-turn di Gelung Pepuyu. Hanya meninggalkan keretanya di depan balai polis dan berlari pulang.

Bacaan Surah Yaasin saya sudah masuk yang ketiga kali. Ayah pula gantikan mak membisikkan syahadah di telinga Awien dan mak mula membaca Yaasin. Elok sahaja mak menyudahkan ayat ke 83 iaitu ayat terakhir, Awien menghembuskan nafasnya yang penghabisan.

Hari ini, kami nak sort out barang-barang arwah. Mak tak sanggup tengok. Luluh hati katanya. Sedang dia mengemas tadi, air matanya tumpah lagi. She's trying her best not to cry. Me as well but I can't. Untuk seseorang yang menjaga arwah, membawa dan meneman dia selama berjam-jam di hospital, tidur sekatil, memandikan dia, memakaikan pakaian dia, it takes time to get back my strength. And I know it's gonna take a very very long time because each time I breathe, saya akan terbayang cara dan terdengar bunyi dia bernafas juga.

She was a very good daughter and sister. And I'm sure she was a very good friend of yours.

So, in this last entry of this blog, I wanna bid these people a gazillion thanks :

1 - Awien's friends. Jika korang teringatkan dia, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah dan sekiranya arwah ada buat silap minta dimaafkan.

2 - Doctors and nurses; Peads-Onco Hospital Ipoh. You took care of my sister for almost 8 years and let us borrowed the usefull wheelchair. Hanya Tuhan yang bisa membalas budi kalian.

3 - NGO. Tiap-tiap tahun mesti akan ada children's wish. So Awien akan dapat hadiah and the newest one is this lappy that I'm currently using. Thank you Mr. Alan Yip for your company's generosity.

4 - Family. You've been the strength to us and to my late sis. Tidak jemu-jemu bertanyakan dan mendoakan keadaan arwah semasa hidupnya.

5 - Teachers. Saya harap agar semua cikgu/pensyarah halalkan ilmu yang telah diberikan. Cikgu-cikgu yang datang ziarah semalam dan ada di antara mereka yang cari orang untuk memandikan jenazah, meminjamkan tikar, menukar wang seringgit-seringgit, boleh kata dari A hingga Z. Dan pada ketika saya menaip ini, ada lagi cikgu-cikgu yang ziarah. Terima kasih sangat-sangat. May Allah bless you.

Kalau saya terlupa mention sesetengah pihak, saya minta maaf.

So this is it. The very last entry. Blog ini akan saya biarkan sebagai kenangan kepada followers dan kawan-kawan Awien. Facebook arwah akan saya terminate akaunnya dalam sehari dua ini, Insyaallah.



Awien sayang, Awien pergi dulu, nanti akak nyusul. Kita jumpa 'di sana' ye dik..

Wasalam.

- The Eldest Sister (Hajar M.)








May 11, 2011

Video.

Peace be upon you, readers.

Di kala jam ini, minit ini, saat ini, Awien tengah tahan sakit. Kadang-kadang dia mengadu tak boleh bernafas. Supposedly at this hour, dia dah ada kat bilik tingkat atas rumah kami. Bukan menunggu SEPUPU-AYAH -ENTAH-BELAH-MANA-HALA-SANGKUTNYA yang telefon kata nak datang. Dari siang tadi kot bagitau tapi sampai sekarang still tak nampak batang hidung.

Hurm..ayah baru lepas call diorang. Well you know what? Diorang pergi makan dulu. So kami kena tunggu mereka makan dulu? Hadui..sabar jela. Awien ni dah la penat siang tadi ke hospital dari pagi sampai petang. Tetiba nak entertain makhluk Tuhan yang sorang ni plak. Bukan tak sudi ke apa, tapi faham-faham la yang Awien ni SAKIT. So kalau nak datang ziarah biar la kena waktunya. Standard la orang ziarah bukan datang, tengok, blah. Sah-sah la nyembang tanya itu ini, syorkan segala produk yang dia pernah cuba. Belum masuk sembang-sembang kosong. Sepanjang itu la Awien kena tunggu sampai diorang ni balik. Kalau sejam, maka sejam la. Larat ke Awien?

Kalau ikutkan hati, saya suruh je Awien naik tidur. Peduli la kat orang tu. Kesian kat diri kita dulu.

OK, chow dulu. Mana la tau nak bentang karpet merah kat pintu masuk ke, kena buat silat pembuka ke, atau pemain kompang tak cukup ke. Nak sambut orang ziarah la katakan. Serious tak kuasa! (Tangan kat dada, mata pandang atas).

Kat bawah ada video Awien di hospital tadi. Suara tak berapa clear. Al-maklumlah guna kamera handphone.

Owh dan orang tu dah sampai dah.



Babai. Peace ~

May 10, 2011

Update.

Assalamualaikum readers.

Sebelum jejari ini laju menaip, better saya beritahu bahawa yang menaip ini bukanlah tuan tanah blog ni. Saya adalah kakak kepada Awien. Pelik? Yep, saya biarkan anda dengan kepelikan anda dahulu.

Sebagaimana yang readers tahu, memang Awien tidak berapa sihat. Tambah-tambah lagi sekarang. Kesihatan Awien sangat tidak mengizinkan. Sebab tu la dia tak update blog. Owh, malas jugak menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kemelesetan ekonomi negara. Setelah dipujuk atau senang cerita paksa, barulah Awien bagi update dengan lepas saya kata, "Kesian kat kawan-kawan tak tahu pasal ko Wen. Fesbuk plak ko memang senyap je...".

Masa dia bagi lampu hijau, dia kata bukan kesian kat kawan-kawan. Tapi kesian pada saya sebab jenuh memujuk..haha (sabo jela).

So, saya explain la macam mana keadaan Awien sekarang. Kawan-kawan Awien for sure tau pasal penyakit leukimia Awien kan? Lebih spesifik leukimia jenis CML. Jadi dia memang tak larat even nak berjalan sebab kaki dia membengkak kerana penyakit tu. Hati dia tidak dapat nak proses protein (macam tu la kata adik saya sorang lagi yang amek medic). Agak-agak baru 10 langkah menapak, dia dah penat. Jalan pun kena papah. Alhamdulillah, wad Peads-Onco kat Hospital Ipoh tadi bagi pinjam wheelchair untuk Awien guna. Dah ada wheelchair, apa lagi, laju je mulut ni buat joke panggil Awien : - Awien Wilcha (keskeskes :P ~)

Hurm..lagi ye? Awien sangat kurus sekarang. Muka dia cengkung. Sebulan lepas kira ok lagi. Tapi apa pun dia ceria je. Semangat dia kuat. Cuma selalu sangat sakit perut sebab spleen dan hati bengkak. Saiz spleen yang normal kira-kira 11 cm. Spleen Awien mencapai ke 34 cm. So perut dia agak besar dan buat dia susah nak nafas dan bergerak laju (sebelum kaki dia bengkak, dah bengkak memang berwilcha je la).

Esok kitorang pergi hospital lagi untuk transfuse darah. Hari ni 1 pint, esok pun 1 pint gak. Insyaallah, esok saya akan try untuk record camne Awien di hospital. Itu pun kalau line clear la. Segan jugak nak rakam kalau nurse dok usha.

Pape hal saya update lagi pasal Awien, Insyaallah.
Kepada readers sekalian, tolong doakan supaya kesihatan Awien bertambah baik ye. :)
Terima kasih.

Bai. Assalamualaikum.

Feb 15, 2011

Fever Season






Assalamualaikum. sihat tak? sorry sebab lama tak update. sorry jugak pada semua yang sudi singgah blog aku. aku tak dapat nak singgah blog korang skarang. sebab skarang aku asyik demam-demam. akak aku pulak asyik guna lappy aku. memang takde masa aku nak guna. tak larat dan akak aku tak bagi chance kat aku nak guna. ni pon guna time die tengah tido. kalau dia jaga karang, sampai sudah la aku tak dapat guna lappy ni. =='




dah tiga hari aku demam. hari ni pegi hospital. esok masuk darah & kena ambik ubat. selalunya lepas masuk darah pon aku demam. doktor cakap itu salah satu effect. yela, darah tu baru nak masuk dalam badan. baru nak sebati dalam darah kita. haha. macam buat kuih. korang tau tak macam mana nak kebahkan demam without makan panadol/paracetamol/ubat demam atau yang sewaktu dengannya. I mean bukanlah ubat yang kite kena makan. sebab makan panadol ni tak elok sangat. dah banyak aku telan. lepas tu berpeluh-peluh. aku tak suka nak selimut-selimut ni. tapi akak aku ada bagitau yang ada air yang dapat kurangkan demam. boleh cari kat 7eleven. kakak aku lagi sorang pulak cakap air tu tak halal. adeiii ==' contohnya macam tu la kan. bukanlah ubat yang aku telan. benda selain ubat. aku dah tak larat nak makan ubat.


bila aku demam, aku dah tak larat nak makan. berat aku dah turun gila kaw-kaw punya!



okey. abaikan yang lain. wish aku yang ke 4 nak berat aku naik ke 49kg. tapi tadi timbang, berat aku 43.5kg je! memang londeh la seluar-seluar aku. jam aku pon dah longgar. aku tak suka dengan berat aku skarang. sebab rasa macam senang melayang. hahah. kat badan aku ni, boleh rasa tulang rusuk tau tak?! punya la kurus. pipi pon cengkung. haih. any suggestion tak? yang boleh buatkan berat badan naik balik? eh eh, jus mate5 tu jus untuk kuruskan badan je ke? yang nak gemukkan badan ade tak? heheh.


till here then. thanks for reading this entry :)




Feb 8, 2011

Tak Suka Sekolah




assalamualaikum. hai hai semua. hehe. rindu kat blog. bape hari main intai-intai je ha. hari ni baru lah nak update bila kepala dah ade idea nak update cerita ape. aku nak tanya korang. korang suka tak zaman sekolah. yang masih bersekolah, suka tak sekolah adik-adik? haha. yang dah habis sekolah, yang baru habis sekolah, rindu ke suka dah habis sekolah?


aku sebagai tuan tanah blog ni, nak bagitau kat adik-adik semua yang akak memang tak suka dengan sekolah. malah, tidak berasa rindu untuk kembali ke sekolah. hahaha.



sekolah tak memberikan aku kenangan yang manis pon. okey, kenangan pahit sangat banyak. aku tak nak cite sebab buat aku sakit hati bila ingat balik cerita-cerita kat sekolah. kalau dulu, aku bukanlah seorang student yang rajin pegi sekolah. kalau boleh, ade je hari yang aku nak ponteng. ngahaha. kadang-kadang hari guru jadi pilihan. student sambut hari guru kat sekolah, aku dok rumah je, tido. lepas tu, sebok-sebok tanya kat kawan seronok ke tak celebrate hari guru. haha. aku tak suka datang time ada sambutan kat sekolah sebab bila ada sambutan, semua student masuk dewan. lepas tu kena duduk kat atas lantai. bontot aku tak tahan ouh dok atas lantai. sakit tulang bontot. hahaha.


aku tak suka sekolah jugak sebab kena bangun awal-awal pagi. lepas tu hari-hari kena iron uniform sekolah. bosan gila kalau ingat balik. haha. sabtu ahad kena basuh kasut. fuuhhh! lama gila tak buat semua tu. nasib baik jugak dah lama tak buat. sebab aku tak suka buat semua tu. haha. seronok tau dah habis sekolah. ade jugak aku baca blog-blog budak sekolah yang tak suka dengan sekolah. haha. sama macam aku dulu. tak sabar gila aku nak habis sekolah. time yang paling best, masa lepas habis spm! series baru betul-betul rasa dah habis sekolah. aku bukan lagi budak sekolah. ngahaha.




tengoklah tudung sekolah aku. labuh bagai. time ni aku form 3. mak aku buat tudung malas nak gunting. mak aku cakap "bia jela yang ni eh. tak payah la gunting." amik kau tudung labuh kau dapat. hahah. nak buat camne. start form 3 aku jadi 'ustazah'. haha. mak aku dah tersalah buat. pakai jela haih. yang ni jela kot gambar time sekolah yang aku tengah ade. tak banyak gambar time sekolah yang aku simpan. sebab aku tak suka zaman sekolah. hihih.


kesimpulannya, aku tetap tak suka zaman sekolah aku. sebab, aku memang tak suka. bui bui!





 

Blog Template by Hajar Nur Azureen