blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Dec 10, 2010

Soalan Nombor Tujuh




Day 07 : A picture of someone/something that has a big impact on you



ni mak dengan ayah aku. gambar ni di'snap' masa kitorang pegi umrah bulan enam aritu. ye,gambar mak dan ayah aku lah yang memberikan impak yang TERSANGAT BESAR kepada aku. terlalu besar pengorbanan mak dan ayah aku yang telah mendidik,membimbing dan menjadikan aku seorang manusia berguna, InsyaAllah. banyak impak dan perubahan dari dulu hinggalah sekarang.

Kerana mak dan ayah, aku dah hidup kat dunia ni selama Tujuh Belas Tahun. lama tu 17 tahun. selama 17 tahun mak dan ayah aku bagi aku makan, minum, pakai dan didikan yang mencukupi. alhamdulillah semuanya cukup, malah mungkin terlebih. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana mak dan ayah, aku telah berjaya menjadi seorang pelajar. dari kecil mak masukkan aku belajar kat tadika, kemudian ke sekolah rendah, dan meningkat ke sekolah menengah. setelah tamat tingkatan lima, aku menjejakkan kaki ke UITM Sri Iskandar pulak. yuran, barang-barang yang nak kena dibeli, duit untuk beli buku-buku yang mahal, siapa lagi yang bagi kalau bukan mak dan ayah aku. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana mak dan ayah, syukur alhamdulillah kepada Tuhan aku semakin sihat. mak dengan ayah belanjakan duit yang banyak untuk beli ubat-ubat aku. demi kesihatan aku, mak dan ayah sanggup menghabiskan duit walau beribu sekalipun. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana Tuhan, aku dikurniakan mak dan ayah yang cukup menyayangi diri aku.
Terima kasih Ya Tuhan. :')


*tamat dengan titisan air jernih di pipi*









Soalan Nombor Enam




Day 06 : Favourite super hero and why

hai. hari ni aku nak share favourite super hero aku dan kenapa ia menjadi kesukaan aku. erm, kalau dah besar tagun ni, aku dah tak minat sangat tengok cerita-cerita super hero. tapi sebab aku dah kena jawab soalan nombor enam hari ni, aku kena ingat balik super hero ape yang paling best. haha. masa kecik kenit-kenit dulu, aku suka tengok cite dragonball, tapi aku tak paham apa. sampai la skarang aku tetap tak paham jugak cerita dragonball. so, aku TAK NAK pilih Goku la.

FAVOURITE SUPER HERO AWIEN ADALAH

jeng jeng jeng
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

yeah! BATMAN!


kenapa Badman? eh?Batman la!Bad tu jahat.Bat tu kelawar.hahaha. kenapa aku suka sangat dengan batman? sebab dia boleh terbang. skarang dunia dah maju. harga barang semua dah naik. minyak dah naik. aku naik minyak.haha. so,jika ada nya Batman aku ni, aku tak payah susah-susah berpeluh ketiak nak pakai kereta. Super Hero aku boleh terbangkan aku ke mana saja aku nak pegi. best ke tak best ade super hero? best an an? ngahahaha.

Tambahan lagi, Batman aku aktif pada waktu malam. sebab siang die tido. kelawar kan suka membuta pada siang hari dan aktif pada belah malam pula. korang tau ke tak? boleh la google pasal kelawar. aku tak google pon. aku balun je ape aku nak taip. blog aku, suka hati aku la kan? nyiahaha. super hero aku sama dengan aku. sebab aku pon aktif pada malam hari. siang aku tido lebih sikit. haha.sikit je tak banyak. selain itu, senang la aku nak terbang dengan Batman aku malam-malam, sume orang tido. so,takdela kitorang keluar paper muka depan esok pagi.
"Batman Bermasa Teman Wanitanya". kan ke susah aku nak jawab dengan media. melalut dah banyak sangat ni. tu la, sape suruh tanya soalan yang mencabar daya imaginasi aku kan? haha







Dec 9, 2010

Cinta Tak Semestinya Memiliki





Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tidak diterima.

Cinta itu tidak pernah ditolak, kerana setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap-harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi, lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. keinginan itulah yang memberikan pahit-pahit yang menghiris dada.

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu.

Jangan siakan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu dipikul di bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian.

Tapi.......

Percayalah pada diri,
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya,
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan....


Dec 8, 2010

Soalan Nombor Lima



Day 05 : A picture of somewhere you have been to


Gambar ni masa aku pegi Taman Paya Bakau, Manjung.

✩ Ini first time aku masuk Taman Paya Bakau. nama pun first time kan, memang terasa batak sikit la. Titi yang ade punya la panjang, ntah sampai mane. tapi ade jambatan gantung yang tak sampai 100 meter kot.haha

✩ Aku pegi Taman Paya Bakau ni dengan kakak-kakak aku. ngahaha. *bukan dengan someone special tau tau! sebab aku takde special boyfriend pon*

✩ Taman ni best jugak untuk korang-korang yang nak datang dengan bf or gf korang. sebab jalan panjang dan banyak cabang. monyet pon banyak.

✩ Kenapa aku cerita pasal taman ni? sepatutnya cerita pasal aku la kan? haih.
ouh ouh. time ni aku tak berapa sehat. tapi nak jugak keluar berjalan. so kakak aku pon bawak.

✩ Lepas kitorang pegi sini, kitorang pegi Marina Island pulak. then, pegi rojak manjung. sedih sebab rojak dah habis. so, makan mee rebus rojak manjung yang sgt sedap! eh,petang ni nak ajak kakak pegi makan mee rebus rojak manjung lah! bye bye!!


*soalan nombor lima tamat*











Soalan Nombor Empat



Day 04 : A habit that you wish you didn't have

heeeyaa!! I'm back. Assalamualaikum. hai semua. Alhamdulillah kesihatan aku bertambah baik, so aku ambik kesempatan ni untuk update soalan yang dah berhari-hari tertunda nak kena jawab. kalau kira-kira lebih seminggu jugak. syukur alhamdulillah aku diberi kesihatan kembali.

okey! back to the question.

A habit that you wish you didn't have



OMG! *ouh, memang gila!* comel dan kau sangat cantik wahai ice cube. kalau dapat gigit-gigit ni, kruk krap wah!!! best sangat!

ni lah habit yang aku nak sangat hilang dari hidup aku. tapi aku tak boleh nak control. setiap hari mesti nak kena gigit ais walaupun sikit. ouh, penyakit ape la ni. nak kata ais ni sedap, takde pulak la rase manis, tawar jugak. maybe best sebab bunyi kruk krap sampai aku tak boleh cover nak gigit ais batu. mak ayah aku marah gigit-gigit ais ni. memang ramai orang cakap, gigit ais batu tak elok. kenapa eh? sapa tau? sapa tau?! bagitau aku kenapa tak elok?



korang tengok ni. aku dapat dari fanpage Kami Suka Kunyah Ais Bila Air Dah Habis.
betul ke nanti menjadi masalah kepada wanita masa nak bersalin. rujuk doktor pakar mane korang ni weh? doktor aku tak penah bagitau aku pon. heheh. kunyah ais perut boleh jadi buncit? ngahaha. gelak guling-guling jap. aku tengok kat luar sana ramai pakcik-pakcik yang tak gigit ais. tapi perut sedia melimpah dah. boleh buat tayar spare. kihkih. *jahat la korang! tak baik cakap camtu tau. nyiahaha.

yang last skali tu aku rase sangatlah menipu kan. biasa kita dengar susu boleh kuatkan tulang. tapi kali ni ais boleh kuatkan tulang. merepek sangat dah tu. hihi. vitamin ape yang ade dalam ais korang tu sampai boleh kuatkan tulang? camtu makcik pakcik yang dah tua tak payah susah susah nak beli susu Anlene dah. buat je ais batu sniri kat dalam peti ais kat rumah tu. sebab ada orang cakap ais boleh kuatkan tulang. huahahaha.


untuk tatapan je. nak basahkan tekak korang tak dapat la. kalau korang terer,amik sniri.


eh? ais kacang? haha. ais jugak kan?
byebye!
 

Blog Template by Hajar Nur Azureen