blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

May 10, 2011

Update.

Assalamualaikum readers.

Sebelum jejari ini laju menaip, better saya beritahu bahawa yang menaip ini bukanlah tuan tanah blog ni. Saya adalah kakak kepada Awien. Pelik? Yep, saya biarkan anda dengan kepelikan anda dahulu.

Sebagaimana yang readers tahu, memang Awien tidak berapa sihat. Tambah-tambah lagi sekarang. Kesihatan Awien sangat tidak mengizinkan. Sebab tu la dia tak update blog. Owh, malas jugak menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kemelesetan ekonomi negara. Setelah dipujuk atau senang cerita paksa, barulah Awien bagi update dengan lepas saya kata, "Kesian kat kawan-kawan tak tahu pasal ko Wen. Fesbuk plak ko memang senyap je...".

Masa dia bagi lampu hijau, dia kata bukan kesian kat kawan-kawan. Tapi kesian pada saya sebab jenuh memujuk..haha (sabo jela).

So, saya explain la macam mana keadaan Awien sekarang. Kawan-kawan Awien for sure tau pasal penyakit leukimia Awien kan? Lebih spesifik leukimia jenis CML. Jadi dia memang tak larat even nak berjalan sebab kaki dia membengkak kerana penyakit tu. Hati dia tidak dapat nak proses protein (macam tu la kata adik saya sorang lagi yang amek medic). Agak-agak baru 10 langkah menapak, dia dah penat. Jalan pun kena papah. Alhamdulillah, wad Peads-Onco kat Hospital Ipoh tadi bagi pinjam wheelchair untuk Awien guna. Dah ada wheelchair, apa lagi, laju je mulut ni buat joke panggil Awien : - Awien Wilcha (keskeskes :P ~)

Hurm..lagi ye? Awien sangat kurus sekarang. Muka dia cengkung. Sebulan lepas kira ok lagi. Tapi apa pun dia ceria je. Semangat dia kuat. Cuma selalu sangat sakit perut sebab spleen dan hati bengkak. Saiz spleen yang normal kira-kira 11 cm. Spleen Awien mencapai ke 34 cm. So perut dia agak besar dan buat dia susah nak nafas dan bergerak laju (sebelum kaki dia bengkak, dah bengkak memang berwilcha je la).

Esok kitorang pergi hospital lagi untuk transfuse darah. Hari ni 1 pint, esok pun 1 pint gak. Insyaallah, esok saya akan try untuk record camne Awien di hospital. Itu pun kalau line clear la. Segan jugak nak rakam kalau nurse dok usha.

Pape hal saya update lagi pasal Awien, Insyaallah.
Kepada readers sekalian, tolong doakan supaya kesihatan Awien bertambah baik ye. :)
Terima kasih.

Bai. Assalamualaikum.

1 comment:

Megat Azfar said...

MasyaAllah, kirim salam kat hajar eh? kami sentiasa mendoakan kesihatan hajar lebih baik dan hindarkan dia dari sengsara penyakit dia.

As friend, hanya doa jelah mampu diberi. ='(

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen