blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

May 18, 2011

For Awien's Precious Readers.

Peace be upon you, readers.

For those who already knew about the news, thanks for the wishes.
And for those who aren't clear, this is about my late sis. Yes, LATE sis, Azureen or Awien.
Awien; Seorang yang sangat kuat semangatnya melawan panyakit. Tak pernah sesekali dia menyalahkan takdir yang telah ditentukan ke atasnya.

Adik saya Awien telah kembali ke rahmatullah pada 18/5/2011 jam 1.00 tgh hari. Alhamdulillah, jenazah telah selamat dikebumikan selepas asar, semalam. Hanya saya, mak dan ayah saja yang bersama arwah di saat nafasnya yang terakhir. Dan hingga arwah dikebumikan hanya saya dan Sarah saja yang ada manakala adik beradik yang lain (Opi, Mida dan Ika) tak sempat untuk pulang ke rumah. Mida dan Ika sampai waktu Maghrib. Opi sampai pukul 1 pagi dari JB.

You don't know what it's like to see the sakratul maut, the greatest pain of all before you. Dan korang juga tak tahu bagaimana luluhnya rasa hati saya ketika membisikkan kalimah 'Lailahaillallah' di telinga arwah sementara menunggu emak dan ayah rushing back home from school dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. I knew I cannot do anything at that time. Just hoping that mom and dad can be home as soon as possible.

Actually, arwah masih lagi sedar pada pukul 8.30 pagi. Dia meminta supaya didudukkan dan oleh kerana dia tak boleh duduk dengan sendiri maka saya memangku arwah di dada saya. Nafasnya seperti orang yang sangat penat. Memang begitu kebiasaannya. Saya bertanya sama ada dia haus atau lapar. Cuma dijawab dengan gelengan kepala yang lemah. Hanya mengangguk bila ditanya sama ada mahu baring semula.

Pada pukul 11 pagi, saya pelik kenapa dia tak menukar posisi baring walaupun sedikit. So I checked on her. Panggil nama dia berulangkali tapi takde respon. I called my mom. Pada masa emak saya sampai di rumah, nafas Awien teramat penat dan kadang-kadang seperti putus-putus. Awien dah nazak!

Dalam keadaan kelam kabut, mak suruh saya menelefon ayah supaya balik. Entah kenapa kami berdua rasa macam lama sangat untuk ayah sampai ke rumah. Akhirnya ayah sampai juga. Itupun ayah tak ambil u-turn di Gelung Pepuyu. Hanya meninggalkan keretanya di depan balai polis dan berlari pulang.

Bacaan Surah Yaasin saya sudah masuk yang ketiga kali. Ayah pula gantikan mak membisikkan syahadah di telinga Awien dan mak mula membaca Yaasin. Elok sahaja mak menyudahkan ayat ke 83 iaitu ayat terakhir, Awien menghembuskan nafasnya yang penghabisan.

Hari ini, kami nak sort out barang-barang arwah. Mak tak sanggup tengok. Luluh hati katanya. Sedang dia mengemas tadi, air matanya tumpah lagi. She's trying her best not to cry. Me as well but I can't. Untuk seseorang yang menjaga arwah, membawa dan meneman dia selama berjam-jam di hospital, tidur sekatil, memandikan dia, memakaikan pakaian dia, it takes time to get back my strength. And I know it's gonna take a very very long time because each time I breathe, saya akan terbayang cara dan terdengar bunyi dia bernafas juga.

She was a very good daughter and sister. And I'm sure she was a very good friend of yours.

So, in this last entry of this blog, I wanna bid these people a gazillion thanks :

1 - Awien's friends. Jika korang teringatkan dia, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah dan sekiranya arwah ada buat silap minta dimaafkan.

2 - Doctors and nurses; Peads-Onco Hospital Ipoh. You took care of my sister for almost 8 years and let us borrowed the usefull wheelchair. Hanya Tuhan yang bisa membalas budi kalian.

3 - NGO. Tiap-tiap tahun mesti akan ada children's wish. So Awien akan dapat hadiah and the newest one is this lappy that I'm currently using. Thank you Mr. Alan Yip for your company's generosity.

4 - Family. You've been the strength to us and to my late sis. Tidak jemu-jemu bertanyakan dan mendoakan keadaan arwah semasa hidupnya.

5 - Teachers. Saya harap agar semua cikgu/pensyarah halalkan ilmu yang telah diberikan. Cikgu-cikgu yang datang ziarah semalam dan ada di antara mereka yang cari orang untuk memandikan jenazah, meminjamkan tikar, menukar wang seringgit-seringgit, boleh kata dari A hingga Z. Dan pada ketika saya menaip ini, ada lagi cikgu-cikgu yang ziarah. Terima kasih sangat-sangat. May Allah bless you.

Kalau saya terlupa mention sesetengah pihak, saya minta maaf.

So this is it. The very last entry. Blog ini akan saya biarkan sebagai kenangan kepada followers dan kawan-kawan Awien. Facebook arwah akan saya terminate akaunnya dalam sehari dua ini, Insyaallah.



Awien sayang, Awien pergi dulu, nanti akak nyusul. Kita jumpa 'di sana' ye dik..

Wasalam.

- The Eldest Sister (Hajar M.)








May 11, 2011

Video.

Peace be upon you, readers.

Di kala jam ini, minit ini, saat ini, Awien tengah tahan sakit. Kadang-kadang dia mengadu tak boleh bernafas. Supposedly at this hour, dia dah ada kat bilik tingkat atas rumah kami. Bukan menunggu SEPUPU-AYAH -ENTAH-BELAH-MANA-HALA-SANGKUTNYA yang telefon kata nak datang. Dari siang tadi kot bagitau tapi sampai sekarang still tak nampak batang hidung.

Hurm..ayah baru lepas call diorang. Well you know what? Diorang pergi makan dulu. So kami kena tunggu mereka makan dulu? Hadui..sabar jela. Awien ni dah la penat siang tadi ke hospital dari pagi sampai petang. Tetiba nak entertain makhluk Tuhan yang sorang ni plak. Bukan tak sudi ke apa, tapi faham-faham la yang Awien ni SAKIT. So kalau nak datang ziarah biar la kena waktunya. Standard la orang ziarah bukan datang, tengok, blah. Sah-sah la nyembang tanya itu ini, syorkan segala produk yang dia pernah cuba. Belum masuk sembang-sembang kosong. Sepanjang itu la Awien kena tunggu sampai diorang ni balik. Kalau sejam, maka sejam la. Larat ke Awien?

Kalau ikutkan hati, saya suruh je Awien naik tidur. Peduli la kat orang tu. Kesian kat diri kita dulu.

OK, chow dulu. Mana la tau nak bentang karpet merah kat pintu masuk ke, kena buat silat pembuka ke, atau pemain kompang tak cukup ke. Nak sambut orang ziarah la katakan. Serious tak kuasa! (Tangan kat dada, mata pandang atas).

Kat bawah ada video Awien di hospital tadi. Suara tak berapa clear. Al-maklumlah guna kamera handphone.

Owh dan orang tu dah sampai dah.



Babai. Peace ~

May 10, 2011

Update.

Assalamualaikum readers.

Sebelum jejari ini laju menaip, better saya beritahu bahawa yang menaip ini bukanlah tuan tanah blog ni. Saya adalah kakak kepada Awien. Pelik? Yep, saya biarkan anda dengan kepelikan anda dahulu.

Sebagaimana yang readers tahu, memang Awien tidak berapa sihat. Tambah-tambah lagi sekarang. Kesihatan Awien sangat tidak mengizinkan. Sebab tu la dia tak update blog. Owh, malas jugak menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kemelesetan ekonomi negara. Setelah dipujuk atau senang cerita paksa, barulah Awien bagi update dengan lepas saya kata, "Kesian kat kawan-kawan tak tahu pasal ko Wen. Fesbuk plak ko memang senyap je...".

Masa dia bagi lampu hijau, dia kata bukan kesian kat kawan-kawan. Tapi kesian pada saya sebab jenuh memujuk..haha (sabo jela).

So, saya explain la macam mana keadaan Awien sekarang. Kawan-kawan Awien for sure tau pasal penyakit leukimia Awien kan? Lebih spesifik leukimia jenis CML. Jadi dia memang tak larat even nak berjalan sebab kaki dia membengkak kerana penyakit tu. Hati dia tidak dapat nak proses protein (macam tu la kata adik saya sorang lagi yang amek medic). Agak-agak baru 10 langkah menapak, dia dah penat. Jalan pun kena papah. Alhamdulillah, wad Peads-Onco kat Hospital Ipoh tadi bagi pinjam wheelchair untuk Awien guna. Dah ada wheelchair, apa lagi, laju je mulut ni buat joke panggil Awien : - Awien Wilcha (keskeskes :P ~)

Hurm..lagi ye? Awien sangat kurus sekarang. Muka dia cengkung. Sebulan lepas kira ok lagi. Tapi apa pun dia ceria je. Semangat dia kuat. Cuma selalu sangat sakit perut sebab spleen dan hati bengkak. Saiz spleen yang normal kira-kira 11 cm. Spleen Awien mencapai ke 34 cm. So perut dia agak besar dan buat dia susah nak nafas dan bergerak laju (sebelum kaki dia bengkak, dah bengkak memang berwilcha je la).

Esok kitorang pergi hospital lagi untuk transfuse darah. Hari ni 1 pint, esok pun 1 pint gak. Insyaallah, esok saya akan try untuk record camne Awien di hospital. Itu pun kalau line clear la. Segan jugak nak rakam kalau nurse dok usha.

Pape hal saya update lagi pasal Awien, Insyaallah.
Kepada readers sekalian, tolong doakan supaya kesihatan Awien bertambah baik ye. :)
Terima kasih.

Bai. Assalamualaikum.

Feb 15, 2011

Fever Season






Assalamualaikum. sihat tak? sorry sebab lama tak update. sorry jugak pada semua yang sudi singgah blog aku. aku tak dapat nak singgah blog korang skarang. sebab skarang aku asyik demam-demam. akak aku pulak asyik guna lappy aku. memang takde masa aku nak guna. tak larat dan akak aku tak bagi chance kat aku nak guna. ni pon guna time die tengah tido. kalau dia jaga karang, sampai sudah la aku tak dapat guna lappy ni. =='




dah tiga hari aku demam. hari ni pegi hospital. esok masuk darah & kena ambik ubat. selalunya lepas masuk darah pon aku demam. doktor cakap itu salah satu effect. yela, darah tu baru nak masuk dalam badan. baru nak sebati dalam darah kita. haha. macam buat kuih. korang tau tak macam mana nak kebahkan demam without makan panadol/paracetamol/ubat demam atau yang sewaktu dengannya. I mean bukanlah ubat yang kite kena makan. sebab makan panadol ni tak elok sangat. dah banyak aku telan. lepas tu berpeluh-peluh. aku tak suka nak selimut-selimut ni. tapi akak aku ada bagitau yang ada air yang dapat kurangkan demam. boleh cari kat 7eleven. kakak aku lagi sorang pulak cakap air tu tak halal. adeiii ==' contohnya macam tu la kan. bukanlah ubat yang aku telan. benda selain ubat. aku dah tak larat nak makan ubat.


bila aku demam, aku dah tak larat nak makan. berat aku dah turun gila kaw-kaw punya!



okey. abaikan yang lain. wish aku yang ke 4 nak berat aku naik ke 49kg. tapi tadi timbang, berat aku 43.5kg je! memang londeh la seluar-seluar aku. jam aku pon dah longgar. aku tak suka dengan berat aku skarang. sebab rasa macam senang melayang. hahah. kat badan aku ni, boleh rasa tulang rusuk tau tak?! punya la kurus. pipi pon cengkung. haih. any suggestion tak? yang boleh buatkan berat badan naik balik? eh eh, jus mate5 tu jus untuk kuruskan badan je ke? yang nak gemukkan badan ade tak? heheh.


till here then. thanks for reading this entry :)




Feb 8, 2011

Tak Suka Sekolah




assalamualaikum. hai hai semua. hehe. rindu kat blog. bape hari main intai-intai je ha. hari ni baru lah nak update bila kepala dah ade idea nak update cerita ape. aku nak tanya korang. korang suka tak zaman sekolah. yang masih bersekolah, suka tak sekolah adik-adik? haha. yang dah habis sekolah, yang baru habis sekolah, rindu ke suka dah habis sekolah?


aku sebagai tuan tanah blog ni, nak bagitau kat adik-adik semua yang akak memang tak suka dengan sekolah. malah, tidak berasa rindu untuk kembali ke sekolah. hahaha.



sekolah tak memberikan aku kenangan yang manis pon. okey, kenangan pahit sangat banyak. aku tak nak cite sebab buat aku sakit hati bila ingat balik cerita-cerita kat sekolah. kalau dulu, aku bukanlah seorang student yang rajin pegi sekolah. kalau boleh, ade je hari yang aku nak ponteng. ngahaha. kadang-kadang hari guru jadi pilihan. student sambut hari guru kat sekolah, aku dok rumah je, tido. lepas tu, sebok-sebok tanya kat kawan seronok ke tak celebrate hari guru. haha. aku tak suka datang time ada sambutan kat sekolah sebab bila ada sambutan, semua student masuk dewan. lepas tu kena duduk kat atas lantai. bontot aku tak tahan ouh dok atas lantai. sakit tulang bontot. hahaha.


aku tak suka sekolah jugak sebab kena bangun awal-awal pagi. lepas tu hari-hari kena iron uniform sekolah. bosan gila kalau ingat balik. haha. sabtu ahad kena basuh kasut. fuuhhh! lama gila tak buat semua tu. nasib baik jugak dah lama tak buat. sebab aku tak suka buat semua tu. haha. seronok tau dah habis sekolah. ade jugak aku baca blog-blog budak sekolah yang tak suka dengan sekolah. haha. sama macam aku dulu. tak sabar gila aku nak habis sekolah. time yang paling best, masa lepas habis spm! series baru betul-betul rasa dah habis sekolah. aku bukan lagi budak sekolah. ngahaha.




tengoklah tudung sekolah aku. labuh bagai. time ni aku form 3. mak aku buat tudung malas nak gunting. mak aku cakap "bia jela yang ni eh. tak payah la gunting." amik kau tudung labuh kau dapat. hahah. nak buat camne. start form 3 aku jadi 'ustazah'. haha. mak aku dah tersalah buat. pakai jela haih. yang ni jela kot gambar time sekolah yang aku tengah ade. tak banyak gambar time sekolah yang aku simpan. sebab aku tak suka zaman sekolah. hihih.


kesimpulannya, aku tetap tak suka zaman sekolah aku. sebab, aku memang tak suka. bui bui!





Feb 6, 2011

Mommy's Power



assalamualaikum. hai hai semua. hari ni nak update cite pasal mak pulak. hari tu "ayah" kan? haha. semalam best sangat. satu rumah kena cir-bir. haha. cirit-birit lah! korang ape tau? satu rumah makan lauk orang kawin semalam. tapi kitorang tak makan lauk yang basi. datang-datang je, aku dah aim lauk daging merah. alih-alih, masa nak ambik lauk tu, mak lang aku cakap "jangan ambik ni. dah basi." ala, kacau betul la. basi la pulak. yang pelik, kitorang yang tak makan lauk basi pon, cir-bir jugak. adeeii sakit perut.


aku kena paling teruk kot? yang peliknya kakak-kakak aku yang lain sedap-sedap tido kat atas. aku yang dah nak tido pulak terjaga nak pegi toilet. haaaa. tak sukanya. aku nak tido, perut pulak meragam. =='


eh, takpe ke cerita pasal cir-bir kat korang ni? ngahaha. lantak la kan. blog aku. suka hati aku la! haha. mula-mula sekali je masuk toilet. pastu naik tido balik. belagak dah okey la tu. bila mata dah nak lelap, perut buat hal balik. lari turun bawah! hahaha. kakak aku sorang pon kena jugak. yang ni sampai nak termuntah skali. dia dapat pakej la tu. ngahaha. kitorang gilir-gilir masuk keluar toilet. dua-dua dah lembik dah. tapi aku extra lembik. sebab die dah tertido pon, aku still masuk toilet lagi. sampai pukul dua aku berjaga sebab layan perut ni. tak lalu betul. aku rasa semua yang pegi kenduri tadi, semua pon masuk keluar jamban. kesian jugak kat pengantin. kakak aku cakap, pengantin makan lauk basi. lagi kesian. dah la baru kawin. ish ish.



tepat pukul dua, aku keluar toilet, aku tengok kakak aku dah terlelap dah. aku jugak yang still sakit perut. tak boleh jadi. bila aku nak tido ni. aku naik atas, kejut mak aku.

aku : mak, sakit perut. banyak kali masuk keluar toilet.
mak : okeylah. baring sebelah mak ni.


elok je baring sebelah mak aku. sampai terlelap. takde dah sakit perut. kalau aku tau mak aku ade power camni, awal-awal aku dah baring dah. hahah. tapi biasanya macam tu la. bila ada sakit, dekat je dengan mak, mak tepuk-tepuk sikit, hilang dah sakit tu. aku rasa semua mak pon ada power macam tu. kan kan? hihi. bangun pagi ni, alhamdulillah, elok dah. tapi tak cukup tido la. ngantuk sikit sebab layan sakit perut semalam. haih.


kakak aku tanya
awien tak gerak akak pon semalam kan?
aku naik senyap-senyap semalam. tak gerak dia pon. heheh. sorry







Feb 2, 2011

Awak Semua Sweet!








hai! aku dapat tag lolipop gedabak lah! aku sweet ke? ahaha. thanks asyilote sebab tag awien. you are sweeter than me! lolipop ni kalau makan sorang-sorang takkan habis punya. so, aku nak share dengan orang-orang yang sweet jugak. wink!




okey. cukuplah empat orang aku tag! yang lain pon boleh ambik okey! sebab awak semua sweet macam lolipop ni! ambik jangan tak ambik! :D



Feb 1, 2011

Tolong "Ayah"?




Assalamualaikum. lama aku tinggalkan blog tak update entry baru. aku pon tak berapa nak sihat dua tiga hari ni. so,aku berhenti blogging kejap. rindu jugak nak main typing-typing keyboard ni. hehe. okey, nak story kat korang satu benda.


tadi tengah sedap-sedap aku tido petang, henset aku berbunyi. ade message masuk pulak. malas gila nak bangun, sebab tengah sedap baring. tapi aku bangun jugak pegi cek message sape. lepas tu aku macam. errr. nak cakap terkejut, tak terkejut kot. sebab aku dah tau benda ni dari newspaper. so, aku buat bodoh je dengan message tu. korang penah dapat tak msg macam ni?


Ni ayah guna fon police tolong bagi kredit maxis 50 ringgit ke nombor baru ayah 012821xxxx. ayah lagi ada masalah kat balai police. tak payah call, sekejap ayah call


haha. korang cuak tak kalau dapat message macam tu? aku pernah baca cerita ni kat surat khabar. tapi tak sangka pulak nombor aku kena. mana la diorang dapat nombor aku ni. haha. disebabkan aku takde kredit, aku tak layan pon message tu. kalau aku ada kredit, dah lama aku jawab balik!


ade aku kesah? hahaha


kesian kan? nak top up pon kena mintak kat orang sampai macam tu skali. mintak kat aku pulak tu. henset aku pon dah lama tak ber'topup'. ngahaha. aku pon nak mintak topup macam tu la. ade yang nak kasi tak? heheh!


Jan 28, 2011

new song!





assalamualaikum. kali ni nak short update je. sebab salah seorang follower aku tanya nama lagu kat blog aku ni. thanks asyilote! ingatkan dah tau, sebab hari tu you bagitau you dah tau kan? rupanya lagu yang lama tu. heheh. sebelum aku nak tukar lagu baru ni pon, aku tunggu entry pasal lagu lama aku tak appear dah kalau orang datang blog aku. okeylah. sekali lagi aku nak share tajuk lagu kat blog aku ni.


nama tajuk lagu blog aku
takkan pisah by eren
korang boleh search kat youtube. aku share jugak lirik lagu ni okey.


sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu tak meredhoi dengan
apa yang kurasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

takkan ada yang pisahkan kita
sekalipun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di syurga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janjiku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau


thanks again asyilote


Jan 27, 2011

Soalan Nombor Tiga Puluh




Day 30 : Who are you


assalamualaikum semua. hari ni tamatlah soalan untuk 30 Days Challenge. tapi aku rasa, dalam banyak-banyak soalan, soalan yang terakhir ni la soalan yang paling susah. hahaha. soalan ni tanya siapa aku? aku lah Spenderman!! ngahaha. okey lah. kita hidup kat dunia ni banyak tanggungjawab. jadi, aku bukanlah menjadi aku semata-mata. tapi aku ada banyak status bila hidup kat dunia yang fana ini. *wink!


aku adalah seorang
perempuan
anak
kakak
adik
kawan
pelajar


itu jela kot status aku sebagai seorang manusia dalam muka bumi ni. pergh! ayat sekali-sekala skema dan poyo camni best jugak kan. haha. aku adalah seorang perempuan. ehem! perempuan ye. hehe. seorang anak kepada mak ayah aku. kakak kepada adik aku. adik kepada kakak-kakak aku. seorang kawan kepada kawan-kawan aku dan seorang pelajar UiTM yang sedang seronok bercuti khas di rumah. ngahahah. ada enam tangunggjawab yang aku kena buat sebagai seorang insan yang kerdil di muka bumi ini. weehehuuu.


aku dengan rasa dukacitanya merasmikan 30 Days Challenge sudah tamat. sob sob sob!




Jan 26, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Sembilan





Day 29 : In this past month, what have you learn


hai hai eblibady. sihat tak korang. hari ni cuaca sejuk je. best buat taik mata tengah hari camni. hahaha. aku dah bosan buat taik mata, so aku nak update soalan yang ke-29 hari ni!! hooooooooraaaaaaaaaaaaahhhh!! one more question to go! *tepuk tangan sambil lompat-lompat*




aku dah belajar banyak benda. banyak benda yang aku tahu tentang blogging. hahah. aku banyak belajar edit blog aku sampai jadi macam ni. walaupun still tak cantik, tapi lebih cantik dari dulu. ngahaha. aku explore tentang blog. bila salah, tak cepat melatah. *tipu* aku try banyak kali jugak. tapi benda yang tak menjadi, aku tak buat dah. sebab takut jadi macam "tikus baiki labu". daripada elok, karang jadi lagi teruk. haha. aku dah mula sayangkan blog aku. dulu aku cukup bosan dengan blog aku. yela. aku bukanlah blogger yang tegar yang setiap hari update blog dengan entry-entry yang hebat lagi mantop! aku hanyalah seorang blogger yang baru mula nak merangkak dan belajar tentang dunia blogging.


blog aku tak lawa, takde header yang cantik-cantik macam blogger lain. header diorang sume tak nak kalah. sume cun-cun. header blog aku cuma ada sepohon pokok yang rendang dihiasi dengan seekor burung yang mungkin ingin bertenggek di atas pokok itu. nyiahaha. nama blog aku pon simple je, dan tak sedap. bukanlah seperti blogger hebat yang mempunyai nama blog yang panjang dan sedap didengar. aku rasa blog aku tak layak dibandingkan dengan blogger-blogger hebat yang lain. tapi tapi tapi
aku nak berterima kasih pada semua blogger yang sudi follow blog aku. thanks sangat. sudilah
jugak baca entry-entry aku yang tak seberapa ni eh. sob sob sob.


aku jugak belajar yang berblogging ni kena rajin berblogwalking, tinggalkan jejak kat blog orang.
tinggalkan komen kat entry-entry orang. nanti diorang datang blog kita balik. boleh la naikkan
trafik blog kita. kan kan? aku rajin jugak buat benda tu. tapi aku buat bila
aku ada masa je. then, kena beramah mesra. jangan sombong-sombong. kalau orang tinggalkan
link kat blog kita, singgah la balik blog diorang. so korang, sudi-sudi lah tinggalkan link kat atas
tu. hahah. nanti boleh aku singgah blog korang pulak. okey?! pastu rajin-rajin lah tekan tabung
aku tu. ngahahah. tolong isikan duit tabung aku. tekan je, tak kena bayar pon. hihih.

last skali, thanks again to my followers! siapa followers yang ke-100 eh? tak sabar nak tunggu!



Jan 25, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Lapan






Day 28 : A picture of you last year and now,how have you changed since then?



dahulu




sekarang




banyak jugak aku berubah kan? dulu, aku debab. kat pipi memang nampak berubah dari gambar dulu dengan sekarang. tak best gila jadi kurus. habis semua seluar aku longgar. pakai tali pinggang pon londeh jugak. ngahahaha. pastu dulu macam hitam je. selalu sangat keluar kot. sekarang dah duduk rumah diam-diam. jarang keluar main panas. muka dah cerah balik. hihihi. pastu dulu bahagia. sebab tu berisi sikit. haha. memandai la kan. sekarang pon bahagia jugak. cuma tak larat nak makan nasik banyak-banyak. berat badan aku turun mendadak. *sigh* susah nak naikkan balik berat badan. bila makan tak rasa kenyang pon. nasik tu pegi mana entah. haha. macam orang bercinta pulak. makan tak kenyang ~ podaaaaah! tido bukan main lena lagi. kehkeh.




Jan 24, 2011

GIVEAWAY DANIEL ADIE: Diary Motivation 2011




Assalamualaikum semua. hari ni aku kena tag dengan Roxystarzy. thank you very much. jadi hari ni aku kena buat short entry untuk GIVEAWAY DANIEL ADIE : Dairy Motivation 2011.
Giveaway ni tamat 27 Jan ni. so, jom cepat-cepat join! mana tau boleh dapat diari ni :D



Dont be afraid to fail. Get out there and experiment and learn and fail and get a rate based on the experiences you have. Go for it and when you go for it you will learn what you are capable of, what the potential is, where the opportunities are, but you can't be afraid to fail because that's when you learn.


dua orang seterusnya






Jan 22, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Tujuh





Day 27 : Why are you doing this 30 days challenge


hai hai. yeah! hari ni dah soalan yang ke-27! tiga soalan lagi. tiga hari lagi! seronoknya. lepas tu aku nak tag pulak kat semua orang. hahaha. GILA!





salah satu sebab aku buat 30 days challenge ni sebab aku bosan duduk rumah tak buat apa. kalau hari-hari update blog, adalah benda nak buat, nak pikir, nak taip, nak itu, nak ini. tak senang nak taip satu entry sebenarnya. ambik masa dari satu hingga dua jam. memandangkan aku ni bukanlah blogger senior. yang dah senior amik masa setengah jam je satu entry. hahaha.
biasa entry aku amik masa dalam satu jam stengah la kot nak siap. itu kalau entry yang panjang-panjang la. entry ni pon nak kasi panjang-panjang sikit la. dah dua hari aku buat entry pendek je.


lepas tu aku buat 30 days challenge ni sebab nak bagi entry aku jadi banyak. aku nak aktifkan blog aku. followers aku pon alhamdulillah dah ramai. dulu ciput-ciput je. sebab aku malas nak blogwalking, komen-komen kat blog orang. sekarang dah rajin. satu malam abeskan masa dengan blogwalking kat blog orang. dari situ aku dapat belajar and tengok macam mana blog blogger senior. weeehuuu. aku jugak dapat mencuci mata bila blogwalking. dari mengantuk, tros terbeliak mata tengok blog-blog yang lawa. shoutbox pon ada artis k-pop yang kononnya hensem. hahaha. sorry. tak minat la guys ~


selain tu, aku buat 30 days challenge sebab aku nak buat la! tengok macam best je kan. hari-hari update blog. hari-hari typing. boleh belagak macam orang tengah buat keje. padahal tengah merapu-rapu buat entry baru. ngahaha. tapi soalan 30 days challenge ni ada yang merepek-repek & mintak lebih-lebih. so, ade soalan yang aku tukar-tukar sket. hihi. senang sket keje aku. sedih jugak sebenarnya bila challenge ni dah nak habis. sebab lepas ni aku kena pikir sendiri untuk buat entry baru. dah takde soalan. kontang-kanting lah sniri nak buat entry ape. huuu.


itu lah antara sebab-sebab kenapa aku buat 30 days challenge/cabaran 30 hari ni. dah takde sebab lain, sebab aku rasa nak nangis sebab cabaran ni dah nak habis sebab cuma tinggal 3 hari je lagi sebab dia memang dah nak habis! *boooooo* ngantuk pulak ~




Jan 21, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Enam





Day 26 : What you think about your friends


aku ada ramai kawan dan kawan-kawan aku sangat baik. seronok kawan dengan diorang. memang complete sebab aku ada kawan tempat aku mengadu, kawan gelak sama-sama. ada jugak kawan yang layan aku lebih daripada yang aku harapkan. tapi ada jugak yang macam dah tak nak kawan dengan aku. tak message aku pon. lama dah. saja aku biarkan. tak semua benda aku yang kena mulakan dulu. kan kan? maybe dia busy belajar. aku pon paham. tak nak kacau orang.


aku suka makna seorang BEST FRIEND dari A-Z




susah nak cari best friend yang cukup ciri-ciri dari A-Z kan?




Soalan Nombor Dua Puluh Lima



Day 25 : What I would find in your bag


Assalamualaikum. dah lama sangat aku tinggalkan blog ni. aku jenguk-jenguk kejap je.
jom kita sambung baca jawapan untuk soalan 25 pulak. lama gila aku postpone jawab cabaran ni. kalau camni, bila nak abes? ahaha. okey, aku bukanlah someone yang rajin bawak beg besar-besar bila keluar berjalan. aku prefer keluar tanpa beg. selalunya aku just bawak purse dan henset aku je. kalau bawak beg, aku bawak beg kecik yang just pegang kat tangan je. tu dulu, baru-baru ni aku cari beg kecik aku, tak jumpa! dah hilang!!!! errr =='
takpe lah. hilang dalam rumah je. nanti ade la kot. sob sob sob.


biasa girl mesti bawak make-up diorang skali bila keluar kan kan? bila tengok dalam beg, penuh make-up je. HAHA. tapi bukanlah bagi seorang perempuan macam aku. aku prefer bersederhana je. ape eh yang aku bawak? jom tengok!


✔ purse
✔ henset
✔ duit
✖ tisu
✔ lip bum
✖ eye liner
✔ compact powder
✖ kotak pensel
✔ bawak diri


biasanya, benda-benda simple jela yang aku bawak. sebab aku malas nak pegang-pegang. selagi boleh masuk dalam poket, aku sumbat jugak la kan. haha.



Jan 15, 2011

Aku Dibedah Part 2



Dalam mamai-mamai, aku dengar ade orang panggil aku, awien... awien... aku bukak mata, tapi tak boleh bukak besar-besar. aku terlalu mamai sebab morphine dah masuk dalam badan aku. morphine tu ubat untuk kurangkan rasa sakit pada tempat yang kena bedah tu. I guess la. kalau salah tolong betulkan eh. aku nampak mak ngan kakak aku kat sebelah katil aku. time tu aku rasa nak terbuang air sangat-sangat. aku nak cakap kat mak aku. tapi suara aku tak boleh keluar. rupa-rupanya ada tube dalam mulut aku. aku dok ketuk-ketuk katil aku dengan tangan. mak ngan kakak aku cakap "kenapa?" aku tunjuk la *some text missing* kat mak ngan kakak aku. mak aku boleh pulak tanya "kenapa? sakit perut ke?" aku geleng kepala. aku tunjuk la lagi. lepas tu kakak aku pulak tanya "napa? nak kencing?" aku angguk-angguk. seksanya rasa sebab tak boleh nak cakap. adeii. mak ngan akak aku cakap "kencing jela". errrr =='


then, mak ngan kakak aku pegi. tak boleh tengok lama-lama. aku pon tak boleh nak buat apa sebab nak cakap tak boleh. nak bangun apatah lagi. mata aku tertutup skali lagi. penangan morphine memang kuat gila. mamai-mamai je aku jadinya. hari dah siang, tapi aku still terlantar atas katil. nurse datang, dia cakap nak bukak tube dalam mulut aku ni. perit gila time nurse tu tarik tube dari mulut aku. sebab tube tu sampai ke tekak aku. errr. tapi bila dah bukak, dah boleh cakap, dah boleh minum. dahaga weyh!! nurse bagi minum pakai straw. tiap kali dia bagi aku minum, aku sedut air tu banyak-banyak. hahaha.


barulah aku tau sebenarnya kena operate tu tak best. tapi depends jugak pada bahagian yang kena bedah. macam aku, kena bedah kat perut. lepas tu doktor masukkan banyak tube. tube kat hidung, kat mulut, kat teeeeeetttt. banyak gila. kat ibu jari aku pon diorang kepit satu benda. kat badan pon ada jugak. penuh wayar dan tube pada seluruh anggota badan aku. haaaa. best ke tak best sebenarnya kena operate ni? tapi badan aku kira kuat. sebab tube-tube tu dah boleh bukak dah tengah hari tu. aku yang mintak kat doktor untuk cabut semuanya. haha.


tengah hari tu, aku pindah wad. bukan lagi dengan patient-patient yang kena operate jugak. aku pindah wad biasa. tapi keadaan aku still dalam mamai. perut aku terasa tegang sebab ada jahitan about sejengkal. duduk pon kena bongkok sikit. dua minggu aku stay dalam wad. makan nasi hospital, mandi pon boleh dikira berapa kali. hikhik. alhamdulillah, perut aku dah okey. tapi kesan jahitan memang nampak jelas lagi. lagipon baru 2 tahun jahitan ni. aku rasa sampai bila-bila pon, parut ni takkan hilang.


owh owh, lepas tu kan, aku dapat cuti sebulan. aku tak pegi skola macam budak lain. haha. dah la tahun tu aku baru naik form5. suka-suka tak datang skola. tapi aku tak habiskan cuti tu. mak aku tak bagi. mak aku cakap, kalau perut dah baik, jalan pon dah okey, pegi skolah! =='
sumpah lepas ni aku tak nak kena operate. kalau terpaksa, untuk kebaikan aku, kena buat jugak. *sigh* korang penah kena operate tak? share lah ngan aku. seronok ke tak seronok? hehehe.







Jan 14, 2011

Tajuk Lagu Blog Aku


hai hai. thanks pada blogger-blogger yang sudi singgah kat blog aku ni. yang singgah tu, rajin-rajinkan lah tinggalkan link korang kat atas tu. tak susah pon. just isi nama dan link blog korang. ramai yang singgah tapi tak sudi nak tinggalkan link. macam mana aku nak singgah blog korang balik.


okey, aku update ni sebab dah beberapa orang yang singgah blog aku ni dok tanya tajuk lagu kat blog aku. tajuk lagu kat blog aku ni Cinta Itu Buta by Armada. aku tau lagu ni pon masa aku tengok cerekarama kat Tv3 sabtu lepas. cerita Cinta Buta. memang best pon lagu ni. lagipun aku memang minat lagu-lagu indo. kebanyakan lagu yang aku pilih untuk letak kat blog aku, selalunya lagu-lagu indo.


okey. biarlah aku share skali lirik lagu ni. thanks pada yang sudi bertanya.


Cinta Itu Buta
Salahkah bila aku mencintaimu
Dan berharap engkau kan jadi milikku
Walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku
Sayang ku mohon jangan tolak cintaku
Jiwa ragaku ini hanya untukkmu
Aku rela berkorban demi cintamu itu
Biarlah orang berkata apa
Manusia tiada yang sempurna
Kuterima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia


*cinta itu buta*




Aku Dibedah Part 1




hari tu aku muntah-muntah. tak larat nak makan. sebab bila makan, mesti aku muntah balik. dua hari aku tak tidur, mata dah lebam. malam tu, aku nak pegi toilet. masa aku tengah jalan, aku terjatuh dalam mamai-mamai. aku tak larat nak teruskan perjalanan aku. terpaksa aku tahan hajat aku. kakak aku cakap aku tak cukup air. sebab semua yang masuk dalam perut aku, semuanya dah keluar balik. mak dah risau sangat, mak cakap "jom bawak awien pegi hospital". ayah dukung aku bawak masuk kereta. aku memang tak bukak mata dah time tu. letih gila rasanya. kitorang pegi Hospital Changkat Melintang kat Bota. aku kena masuk air. actually, aku memang tak suka masuk wad. lepas air dalam botol tu habis, aku sedikit bertenaga. kitorang pon balik. tapi malam tu aku tak boleh tidur lagi. still muntah-muntah jugak.


esoknya, mak ngan ayah bawak aku pegi Hospital Ipoh. aku kena admitted kat wad. kakak aku yang jaga aku masa tu. tido kat hospital memang tak best. sebab banyak bunyi mesin. tet tot tet tot. esok pagi, doktor cakap "awak kena bedah tau". aku pon cakap okey jela. dulu, aku punyala rilek doktor cakap aku nak kena bedah. aku siap rasa excited lagi. sebab aku selalu tengok kat dalam tv je macam mana dalam bilik bedah tu. macam seronok je. haha. petang tu mak ayah aku datang, doktor bagitau parents aku pasal aku. aku sepatutnya kena masuk bilik bedah pukul 11 malam. hari tu, aku kena puasa sebab aku nak kena bedah kat perut. punyalah dahaga hari tu. aku asyik curi-curi minum air. takut mak aku marah. hehe. duduk dalam bilik aircond 24 jam. tapi rasa dahaga sangat.


sampailah masa aku kena masuk bilik bedah, aku lambai tangan kat mak ngan kakak aku yang tunggu kat luar bilik bedah. seronok masuk bilik bedah. yang tu first time la aku masuk bilik bedah dan kena bedah. sebijik macam dalam tv! ramai gila doktor ngan nurse keliling aku. tapi aku tak tau mana satu doktor, mana satu nurse. hahaha. lepas tu, aku rasa doktor kot yang tanya aku " takut tak?". aku geleng kepala je. memang jujur aku cakap aku tak takut, tapi aku excited =='. lepas tu aku tengok macam-macam ubat doktor tu inject kat tangan aku. then, aku tak sedar, bila aku pengsan.


dalam mamai-mamai, aku dengar ade orang panggil aku. "awien.... awien...."


end of part 1







Jan 12, 2011

TAGGIE





assalamualaikum. first of all, sorry aku tak dapat update soalan untuk cabaran 30 hari. belum ready lagi nak sambung. tapi hari ni aku dah kena tag dengan Cik Puan Netty. thanks sebab tag saya. aku kalau bab kena tag ni selalunya aku malas sikit. tapi hari ni aku nak jawab jugak tag yang Cik Puan Netty bagi. hohoho!


"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


25 fakta tentang aku. banyak nye kena bagi. korang nak baca ke banyak-banyak kalau aku bagitau ni? hahaha. senyap sudah. baca diam-diam!

✔ aku adalah anak ke-5 daripada 6 orang adik-beradik.

✔ aku ialah seorang perempuan. tak lembut tak ganas. tengah-tengah kot.

✔ aku seorang yang pemalas. malas nak buat keje, malas nak itu, malas nak ini. pendek dan panjang kate aku ni pemalas lah! haha.

✔ aku suka tido dan kuat tido. kalau boleh asyik nak tido je. lepas update taggie ni, aku nak sambung tido balik. ngahaha

✔ aku suka makan. tapi aku suka memilih nak makan apa. kalau tak sedap, aku memang tolak abes-abesan. nak yang sedap je. *ye.aku memang demand*

aku suka gigit-gigit ais batu. kalau minum kat kedai, lepas air habis, aku akan gigit ais batu pulak sampai habis.

✔ aku prefer berseluar jeans dan pakai t shirt je bila keluar jalan. simple tapi nice. yeke? bukan selekeh ke? hahaha

✔ aku tak suka dengan backstabbers. nak kutuk aku, biar depan-depan. bukannya aku nak pukul pon. ingat aku tak takut? adei =='

✔ aku suka make friends. tak kisah dengan siapa. nak jadi kawan aku, boleh tinggalkan komen kat komen box di bawah ye. terima kasih.

✔ aku suka nature. lebih kepada hutan-hutan dan air terjun. sangat mendamaikan.

✔ aku suka main game. tapi main game budak-budak. aku rasa itu adalah sesuatu yang sangat mencabar. haha

✔ aku tak suka bila kuku aku panjang sikit pon. mesti aku nak potong. *potong jangan tak potong!*

✔ aku suka kalau rambut aku panjang. tapi bila dah panjang, aku nak pendekkan rambut aku. kesimpulannya, aku tak tau aku sebenarnya suka rambut panjang atau pendek.

✔ dalam banyak-banyak hari, aku suka hari sabtu dan ahad. sebab selalunya sabtu dan ahad ada kenduri kawin. aku suka pegi kenduri kawin sebab nak makan nasi minyak.

✔ aku suka makan kek batik. tapi aku malas nak buat. eh? malas?

✔ aku tak suka makan ubat. tapi aku kena makan jugak. tapi aku tak suka!

✔ aku tak suka masuk hospital. sebab banyak bau ubat. tapi aku selalu masuk hospital. ish!

✔ aku suka jalan-jalan. tak suka duduk rumah seharian tak keluar-keluar.

✔ aku dah mula sayangkan blog aku. dulu blog aku macam terbiar. tapi skarang dah di anak angkatkan. kena jaga baik-baik. kena update selalu. ouh bloggie <3

✔ aku tak suka blogwalking. tapi kalau bosan aku rajinkan jugak blogwalking kat blog orang. boleh usha blog-blog lawa. teeeheee ~

✔ aku suka surfing internet. tapi aku tak tau nak online ape. kakak aku selalu cakap.
("asyik-asyik blog") ulang 2x.

✔ aku selalu berangan nak pegi pulau yang airnya kaler biru. air birunya jernih boleh nampak ikan-ikan berenang-renang. tapi itu berangan.

✔ aku tak pernah ada teddy bear. tapi tiba-tiba terasa ngada-ngada nak ade something yang macam teddy bear. aku nak kuma-kuma turtle. sebab ia sangat comel. korang tau tak macam mane bentuknya? kalau tak tau boleh tekan sini.

✔ aku suka tengok cermin. sebab aku suka cermin diri sendiri yang tak berapa nak comel ni. kadang-kadang cermin untuk picit pimples. haha!

✔ yeah! dah habis. aku suka bila taggie dah tamat. thanks sebab sudi baca!


aku kena tag 25 orang lagi untuk jawab tag ni? aku rasa tak cukup nak kasi 25 orang. okey, aku akan try. jom tengok siape yang kena!

pian
amalina amran
kak yana
tieha ismail
zati
babymilo
kak sol
cik ami
fatin roomateku syg
siti fairuz
amirah 3012
dea
wan izmeer
kak nabihah
faten naqibah
ila
aisyhah


haha. ni je yang dapat. sapa yang dah kena taggie ni, silalah jawab ye.





Jan 11, 2011

Aku dah jatuh cinta!




hai adik adik kakak kakak abang abang. awww! aku dah jatuh cinta! hahaha. seronok lah jatuh cinta! aku dah lama tak rasa macam ni. korang yang already jatuh cinta, apa rasanya eh? mesti dah tak best kan? aku baru jatuh cinta. rasanya seronok gila! weeeheehee. aku dah jatuh cinta dengan, eheh malu lah nak bagitau uolllss dengan siapa i jatuh cinta. kikiki. takpe lah. sebab title entry ni Aku Dah Jatuh Cinta, so aku akan bagitau jugak la dengan siapa aku terjatuh cinta. ngahahaha.















yeah! aku dah jatuh cinta dengan drama Hani! hahaha. seronok tau cite ni. aku start tengok drama ni episod 3. drama Hani ni dah sampai episod 5. aku cari kat Tv3 online, memang takde. nasib baik ade kat Youtube. catch up balik tengok dari episod 1 sampai 5.


Drama Hani TV3 mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak. Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.


cite ni setiap hari selasa pukul 9.00 malam. hari ni beb! aku nak tengok! hahaha.


Nur Fathia sebagai Ummu Hani


Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?


*okey. macam tu la jalan ceritanya yang aku copy paste. haha*


Jan 10, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Empat






Day 24 : A letter to your parents





Assalamualaikum. ke hadapan mak dan yayah yang tercinta. Salah satu tujuan awien menaip surat ni untuk mak dan yayah sebab awien kena jawab soalan nombor 24 hari ni. kalau tak, memang takde surat pon untuk mak dan yayah dari awien. hehe. pertama sekali, awien nak ucapkan terima kasih kerana mendidik dan membesarkan awien sehingga sebesar ini. terima kasih dengan didikan yang sempurna yang diberikan oleh mak dan yayah. terima kasih untuk segala makan dan minum yang terlebih-lebih. syukur alhamdulillah. berat semakin naik dengan makanan yang diberikan.


awien jugak nak ucapkan terima kasih sebab telah menjaga awien ketika awien kurang sihat. terima kasih untuk ubat-ubatan yang mak yayah belikan untuk awien. hari ni ubat dan vitamin awien dah habis. mak dan yayah kena belikan lagi. beribu-ribu wang yang mak yayah keluarkan untuk awien, terima kasih sangat-sangat. sukar untuk awien membalasnya. mak dan yayah, jagalah kesihatan. awien tak apa-apa. kadang-kala, awien yang sihat mak yayah risaukan. =='


mak dan yayah, awien mintak maaf sebab awien tak dapat sambung sem 2 skarang. awien perlukan rehat lagi. tapi kan mak, yayah, awien rasa macam malas nak sambung balik kat UiTM. nak tukar kos dan tempat belajar boleh tak mak? *agak-agak korang, aku kena penampar tak kalau aku tanya mak ngan yayah aku camni? * awien bosan la belajar akaun, mak! akaun tu susah sangat. pening main tekan-tekan kalkulator tak dapat-dapat jawapan. akaun tu dah la panjang lebar. lepas tu kena imbangkan akaun-akaun tu sume. leceh betul la akaun ni. hahaha


mak, yayah, awin rasa tak nak taip lagi surat ni panjang-panjang. sebab awien tau mak ngan yayah takkan baca pon surat kat blog awien ni. malah, mak dan yayah tak pernah tau awien ada blog. hahaha mungkin. soalan hari ni sebok je suruh aku taip surat untuk mak ngan yayah aku. nak taip ape je? dah la mak yayah aku tak baca, tapi karang kakak-kakak aku yang baca. mampus aku ==' . begitulah surat untuk mak dan ayah aku. terima kasih. sekian. assalamualaikum. teeeheee ~




Jan 8, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Tiga






Day 23 : Something you crave a lot


helo helo eblybady! sihat tak korang? alhamdulillah kalau dah singgah kat blog aku ni, mesti korang sihat kan? aku pon dengan rase tak malunya dan untuk yang ke berapa puluh kalinya nak bagitau hari ni aku sihat. sebab kalau aku tak sihat, aku tak update blog. ngahaha. kalau baca blog aku, mukadimah kebanyakan entry mesti cerita pasal kesihatan. bosan dah en korang nak baca. tak nak baca, main jauh-jauh la kan kan? huahuahua.


apa benda yang aku crave sgt ni. ala, banyak la. aku ni demand walaupun duit takde. haha. aku bukanlah someone yang craving pada something yang tetap. tukar-tukar jugak la. kalau macam skarang ni, aku tengah sushi king craving! hihihi. sushi king yang sangat mahal tapi makan macam makan untuk sekadar mengalas perut. nak masuk Sushi King kena banyak fulus lah! kalau cukup-cukup je duit tu, makan pon kena kira-kira. tak best lah wey! skarang aku tengah tunggu duit ptptn kakak aku ni. haha. dah set dah! dia nak blanje sushi king. gila lama dah aku tak makan sushi. rindu dengan bau dan ikan-ikan mentah kau! haha. yummmmmy ~


aku memang sengaja upload besar-besar T_T


gambar sushi ni memang dah berkurun punye. last year la aku pegi. sebab tahun 2011 ni pon baru masuk sembilan hari kan. haha. tapi kan, biasa aku masuk sushi king kat ipoh, memang yang ramai cina la. kalau dalam ramai-ramai tu, boleh kira berapa banyak melayu. melayu-melayu kat ipoh tak suka sushi ke? then, satu yang aku tak suka bila datang Sushi King, orang ramai. kena queue kat luar la pulak. cukup aku tak gemar. dari luar, tengok sushi bergerak macam keretapi. huuuuu. sedapnye. T_T


lagi satu yang aku tengah dok craving sangat ni, nak pegi karaoke. dah lama gila tak pegi melalak. last skali pegi sebelum aku masuk UiTM kot. berbulan-bulan dah. kakak aku pon dah janji ngan aku nak pegi karaoke jugak. haha. aku rilek je. orang nak belanje kan. aku biasa karaoke kat K Box JJ Ipoh. yang lain penah try jugak. tapi kat situ je kot aku rase paling best. microphone okey, sound pon bagus. kira okey la. rindu nak nyanyi nyanyi dengan kawan aku. tak dapat nak keluar macam dulu lagi memandangkan condition aku yang asyik tak berapa nak sihat je ni. kawan aku pon dah sambung belajar. jom nyanyi! ahah!


gambar dari Mr. Google


rasenye dua benda jela yang aku dambakan saat ini. haha. ayat nak muntah je. dua benda ni akan terlaksana bila duit ptptn masuk nanti. insyaallah. haha. bye bye guyz!


*malam ni jangan lupa tengok AJL!*


*Lagu blog dah baru u! uols tak prasan ke? huek huek!*






Jan 6, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Dua






Day 22 : What makes you different from everyone else



ini la aku pada dua tahun yang lepas


hai hai. hope korang semua sihat wala'fiat hari ni. sepatutnya soalan ni aku jawab semalam. tapi semalam aku demam lagi. tak dapat nak update blog. so hari ni aku akan bagitau ape bezanya aku dengan orang lain. semestinya aku adalah aku. kau adalah kau. tak ada aku yang lain. aku ada satu je dalam dunia ni. aku bersyukur dan happy sebab aku dijadikan sebagai aku. haha. belit-belit dah ayat aku ni. aku sniri pon tak paham nak baca. takpe la. kita straight to the point sebab mukadimah entry ni pon dah panjang melebar. ngahahaha.


aku adalah someone yang sangat pendiam bila aku tak kenal dengan orang. muka pon nak cover cun je kan. tapi bila aku dah kenal dan rapat ngan someone, aku menjadi someone yang kecoh gila. mulut pot pet pot pet. cakap tak cover cun. annoying gila la aku ni. haha. korang nak kawan dengan aku ke? tapi aku rasa, aku adalah someone yang berkawan dengan semua orang. aku tak memilih nak kawan dengan siapa. sebab make friends tu best! kita boleh kenal pelbagai jenis orang. but, kalau kawan tu ade perangai yang tak baik, janganlah ikot. mana yang baik, kita follow la. kan kan?


aku seorang yang cepat kesiankan orang. tak boleh tengok orang menangis. tapi aku tak pandai nak pujuk. haha. dah la cepat kesian, tambah pulak tak reti pujuk. memang tak dapat buat ape la. time skolah dulu, time tu tingkatan tiga. kawan baik aku menangis dalam toilet. tapi aku tak tau ape sebabnye. aku try la pujuk. aku cakap janganlah nangis. pastu dia nangis-nangis then dia marah aku. " ko pegi la balik kelas!" bapak gila terkejut aku. aku pulak yang menangis lepas tu. hahaha =='. lepas tu kan, aku tak reti pakai make up (boleh gelak kalau nak gelak). berbeza dengan girls lain. diorang siap pakai eye shadow, smoky eyes la. aku memang tak reti. kalau setakat calit eye liner bawah and atas mata tu aku reti la. yang lain-lain aku belum belajar lagi. tapi kadang-kadang aku prefer face aku without any make up. cuma tempek bedak sikit je. lepas tu lip bum sikit kat bibir. sebab bibir aku sangat kering. tapi lip bum tu tak tahan lama. sebab aku suka lap bibir aku lepas tu. kehkeh.


then, aku ni jenis yang memilih bila nak makan. tapi aku rasa berat aku berat jugak. haha. cuma lately, berat aku menurun. sebab asyik demam je kot. tak larat nak makan. kalau kat rumah, ayah aku beli lauk ikut perut ayah aku je. hehe. kalau aku tengok tak sedap, memang aku tak makan. tapi dah lama jugak aku tak buat macam tu. skarang aku balun jugak. maybe lauk-lauk dah sedap kot. nyiahaha. selain tu, aku adalah seorang budak yang agak degil. agak ke sangat eh? aku tak tau la. tapi degil la, tak nak dengar cakap. aku suka sangat tido. tambah-tambah bila hujan. kalau tak hujan pon, aku tido jugak. hehe. hobi aku tido dan makan. tapi kalau offer tido dengan makan, aku pilih tido dulu. lepas tu baru makan. hahaha. tak senonoh punya pompuan!




aku jugak suka berjalan-jalan. kadang-kadang, mak ngan ayah aku keluar malam, aku mesti nak ikot. sebab dah sehari duduk rumah tak keluar-keluar. even aku ikot, cuma duduk dalam kereta je. hihi. kebiasaannye perempuan mesti suka shopping kan? yup! aku memang suka shopping. tapi takdelah tahap shoppaholic. biase-biase la. sebab aku takde duit. sob sob sob. kalau nak bagitau ape bezanya aku dengan orang lain, sampai bila pon tak kan sudah. aku rase tu jela kot yang aku boleh share kat sini. tak semua boleh aku bagitau. haha. okey, bye bye guys!








Jan 4, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh Satu




Day 21 : A picture of something that makes you happy


ahai..ehei..ohoi.. hari ni kena jawab soalan 21. yes yes. dah nak sampai target dah! walaupun banyak kali tunda jawab soalan, tapi aku akan cuba habiskan jugak. lagi sembilan soalan. haha. korang ingat 9 tu sikit? banyak tau tak. berpeluh jugak nak tunggu habis cabaran ni.



untuk soalan ni, jawapan aku adalah gambar family aku. ade mak, ayah, kakak-kakak dan adik. ape-ape pon, aku mesti ingat kat mak ayah aku. lepas tu adik-beradik. tambah-tambah lagi adik-beradik aku semuanya perempuan. seronok sangat bila kumpul ramai-ramai. haha. aku rase takat ni je aku jawab soalan ni. tapi aku nak sambung dengan cerita lain. disebabkan aku malas nak buat entry baru, aku nak gabungkan dengan entry ni. sebab bende ni pon berkaitan dengan happy jugak. hehe


4 Januari 2010
hari ni aku ada appointment dengan doktor kat hospital ipoh. then, macam biasa aku kena cek darah. aku happy and bersyukur sangat sebab blood count aku better than minggu-minggu sebelum ni. dalam entry soalan nombor 18, salah satu plan/dreams/goals aku, aku tak nak transfuse darah lagi. alhamdulillah, darah merah aku cukup and aku tak payah transfuse darah esok! kalau dulu every two weeks, aku kena buat transfusion. dah dekat 3 bulan jugak kot. but today, no need to do the transfusion! blood count aku ada peningkatan dan aku harap & berdoa supaya aku tak perlu transfuse-transfuse darah lagi lepas ni. insyaallah. mintak jugak korang doakan untuk aku. boleh kan? kan kan? *wink!


okey.mula-mula happy tunjuk muka senyum manis.


lepas tu muka gedik


lepas tu tunjuk gigi tak lawa


lepas tu pegi ipoh parade tengok movie hantu kak limah. okey kesian sangat sebab baru dapat tengok. haha. till here then, take care! bye bye..





 

Blog Template by Hajar Nur Azureen