blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Nov 30, 2010

Soalan Nombor Tiga



Day 03 : A picture of you and your Friends




soalan suruh aku letak gambar dengan kawan-kawan kan? haha. nah! aku letak gambar dengan kawan-kawan kelas aku takpe kan? kan kan? hihih. aku search gambar aku dengan kawan-kawan aku, tapi tak jumpe. yang ni je aku dapat. ni pon aku copy paste dari kawan aku. gambar-gambar lama sume dalam lappy lain. lappy aku kira baru sket. so, tak banyak gambar aku save kat sini.

okey, mukadimah pon dah panjang lebar. skarang cite pasal gambar pulak lah.

❥ gambar ni time aku form 2, tahun 2006. wah lame gilo en gambar ni. time ni sume comel kenit-kenit lagi. hihih

❥ name kelas kitorang Kelas 2 Utarid. ngaaaa. jangan terkezut. skola kitorang memang pakai name planet. haha. tapi kelas Bumi je xde.

❥ form 2 antara tahun yang best jugak. kelas pon strategik. boleh intai cikgu datang. port yang best jugak untuk melepak. wah, melepak ye uolss. kecik-kecik da pandai lepak-lepak. =='

❥ aku rindu gila dengan budak-budak 2 Utarid. bila nak buat reunion 2 Utarid? ngahaha. mimpi lah!

❥ last but not least, ecece. haha.. rase nak jadi budak form 2 balik! bertukar!!


*bangun korang! skang dah Disember! Welcome December!!*

Nov 29, 2010

Soalan Nombor Dua




Day 02 : The meaning behind your blog name


ada apa dengan nama blog aku? haha. takde maksud yang tersirat dan tersurat pon.
okey. dulu name blog aku Belum Ada Tajuk kan? haha. yang tu sebab aku memang takde idea nak letak nama apa. tapi skarang aku dah bagi nama.

Awien's Journal

Awien = awien tu adalah nama aku. nama samaran aku. jangan pelik pulak eh.tapi kenapa awien's? yang tu kalau korang tak tau, pegi masuk sekolah balik. haha

Journal = diari aku, atau kisah hidup aku hari-hari. tapi tak semua benda kita boleh cerita kan?


*eh, seronok pulak hari-hari update blog.hehe*

Soalan Nombor Satu



Day 01 : A recent picture of you and 10 interesting facts about yourself


okey. ni gambar time pegi Teluk Batik. gambar ni bertarikh 31 Oktober 2010




=> nama Hajar Nur Azureen diberi oleh ayah aku. aku suka dengan nama aku sangat-sangat. jangan tanya kenapa. sebab aku pon tak tau.

=> aku seorang yang susah nak marah dan aku seorang yang happy go lucky. walaupun ada masalah, aku tetap senyum.

=> aku seorang yang pendiam kalau korang tak kenal aku dan aku akan menjadi seorang yang banyak cakap bila dah rapat dengan someone.

=> aku suka sangat jalan-jalan. kalau satu hari tak keluar rumah, even mak ayah aku keluar naik kereta je, aku nak ikot jugak.

=> aku tak suka simpan kuku panjang-panjang. sebab aku rase ia kotor. ouh ouh dan aku tak suka orang berkuku panjang. hihi

=> aku mempunyai habit yang sangat tak seronok. suka sangat tarik-tarik kulit bibir sampai berdarah. tapi ia best! mak aku marah aku tarik-tarik kulit bibir. tapi aku buat tak kesah.

=> hari-hari aku kena online. aku tak boleh hidup tanpa internet. ouh. that's so bad!

=> aku suka makan keropok. mak aku marah. sebab keropok tak baik untuk kesihatan.

=> aku seorang yang cinta dengan alam sekitar. kalau diberi pilihan sama ada laut dengan sungai, aku pilih sungai. *ade beza ke? =='

=> aku suka berkawan. kalau kau kawan dengan aku baik-baik, aku balas dengan baik-baik. kalau kau kawan ngan aku jahat-jahat, aku balas dengan jahat jugak!


*nombor satu selesai*









Nov 28, 2010

Cabaran 30 hari!

aku akan menjawab 30 soalan dalam 30 hari mulai dari hari esok!!
wish me luck! seronok ni!

Day 01 : A recent picture of you and 10 interesting facts about yourself
Day 02 : the meaning behind your blog name
Day 03 : A picture of you and your friends
Day 04 : A habit that you wish you didn't have
Day 05 : A picture of somewhere you have been to
Day 06 : Favourite super hero and why
Day 07 : A picture of someone/something that has a big impact on you
Day 08 : Short term goals for this month and why
Day 09 : Something you were proud in the past few days
Day 10 : Songs you listen to when when you are happy,sad,bored,hyped,mad
Day 11 : Another picture of you and your friends
Day 12 : How you found out about blog and why you made one
Day 13 : A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 : A picture of you and your family
Day 15 : Put your iPod on shuffle : First 10 songs that play
Day 16 : Another picture of yourself
Day 17 : Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 : Plans, dreams, goals you have
Day 19 : Nicknames you have, why do you have them
Day 20 : Someone you see yourself marrying/ being in the future
Day 21 : A picture of something that makes you happy
Day 22 : What makes you different from everyone else
Day 23 : Something you crave a lot
Day 24 : A letter to your parents
Day 25 : What i would find in your bag
Day 26 : What you think about your friends
Day 27 : Why are you doing this 30 days challenge
Day 28 : A picture of u last year and now, how have you changed since then?
Day 29 : In this past month, what have you learn
Day 30 : Who are you?


*chaiyok-chaiyok awien!!*













Top Blog




hai hai. rajin pulak aku nak update lagi kan. entry kali ni ialah Top Blog!! kat sini aku nak maksudkan top blog tu adalah blog-blog yang aku suka baca bila aku banyak masa dan bosan. sebab entry diorg panjang-panjang. so, ia mengambil masa untuk aku baca entry diorang. aku nak share TIGA blog bertuah yang aku suka baca. hikhik.

blog bertuah yang pertama

*
*
*
*
*
*
*
*
*



kalau korang tak kenal irine ni, korang memang bukan seorang blogger! HAHA. kalau lelaki tak kenal aku bleh percaya. tapi kalau anda adalah seorang blogger perempuan, tak kenal dengan blogger hebat ni, aku memang tak percaya. entry-entry irine banyak bercerita pasal hidup dia, family dia. aku pon dah kenal satu family dia hanya dengan membaca. hebat tak hebat tak? haha. irine ni ade fanpage. nak like boleh tekan sini. irine pernah jadi cover girl untuk majalah Dara! aku ada simpan majalah Dara yang time irine jadi cover girl tu okey.haha. die pon dah banyak kali masuk megazines, newspapers. dengan cara itu la die promote blog die. okey,follower kat blog die plak sangatlah ramai termasuklah aku. hehe. aku salah seorang peminat die. HAHA. *woi! aku straight okey! huh huh! ~


skarang, kita fly ke blog bertuah yang kedua!!
jeng jeng jeng

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



name kakak ni Fatin Liyana. skarang die tengah blaja medic kat Universiti Padjadjaran, Bandung Indonesia. even dia blaja medic, dia ada banyak masa nak update blog kan? aku yang gila punya free tak nak update. tapi skang aku sedang merajinkan diri nak update blog. ade orang bace blog aku ke? =='. okey, entry-entry Fatin Liyana ni pun best-best. aku baru je mengenali blog dia dan sedang mencintai blog kakak ni. aku terjumpa blog dia and aku baca satu entry je. tup tup, aku dah suka. huhu. aku share mane-mane blog yang aku rasa best. best bagi aku, tapi bagi korang aku xtau la. best lah best lah!!


dan blog bertuah yang terakhir!! tengok lambat-lambat sket eh.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



jeng jeng jeng!! korang gelak kenapa?!! aku tak buat lawak weh! HAHA. aku sniri pon nak gelak. tapi itulah hakikatnya. aku suka baca blog megat! tiap kali ko update, aku slalu follow ko tau tak.
kenapa dalam banyak-banyak blog kawan yang aku kenal, blog ko jugak aku pilih? haih =='
okeylah kan. biar la aku terus terang dengan hati yang ikhlas lagi suci ni. hikhik. blog ko memang sempoi. cara ko sampaikan cerita ko pon best. cam cite depan depan aku. pastu blog ko lawa. alah, dah banyak puji dah ni. megat! blanje aku pizza hut!! HAHAHA.


itulah TIGA blog bertuah yang aku suka baca. rasenye blog first & second, blogger laki tak nak follow sgt kot? haha. who knows. kot-kot korang nak follow sebab diorang comel kan?
tapi, bagi aku ketiga-tiga blog ni la aku rajin nak baca. eh2, korang jangan ingat aku tak baca blog lain. aku baca lah! cuma aku bagitau and share blog yang aku rase best untuk korang baca jugak! jangan mrajuk-mrajuk eh. blogger lain, korang update lah slalu. mane tau bleh termasuk dalam list favourite blog aku jugak. hihi.

bye bye!

Nov 27, 2010

Masa Kecik-kecik



hello hello korang. tengah bosan-bosan camni, aku terasa nak update blog. tetiba aku teringat cerita masa kecik-kecik dulu. kalau ingat zaman muda muda, (skarang pon still muda lagi.hehek) aku mesti rase nak gelak.




ingat tak masa kat skola rendah dulu, kita mesti ada pemadam yang ada gambar power2 kan? korang ingat tak untuk apa? haha. kita ada pemadam banyak-banyak bukan sebab guna untuk memadam kan? tapi kita guna untuk main LAWAN pemadam. ngahaha!! nak lawan pemadam, gambar kat pemadam mesti kena power! baru boleh menang kan?! famous kot game lawan pemadam ni. tapi budak-budak skarang xmain dah game lawan pemadam ni kan? then, ada jual lagi ke pemadam jenis cmni? budak-budak skang pakai Stabilo je kot skang. bleh dapat banyak A's dalam exam. kehkeh. *jangan percaya lah!


pastu korang ingat tak pembaris sume tak nak kalah. tambah-tambah budak perempuan. diorang punye pembaris mesti ade beralun-alun kat tepi, pastu ade air yang ade ikan dalam pembaris. kalau dulu, itu lah yang cukup dibanggakan. seronok sampai tak belajar sbb main pembaris yang ade air kat dalam tu. haha. aku pon penah ada pembaris tu. penah aku terpikir nak bukak pembaris air aku. sebab aku cari kalau-kalau ada lubang. macam mana diorang masukkan air dalam pembaris eh? hehe


lagi kan kan kan!!! ngahaha. excited gila nak cite kat korang en! dulu aku suka sangat dengan pensel warna jenama Luna. tiap kali bukak sekolah tahun baru, mesti kena beli Luna kan?korang mesti same kes macam aku! dah la nak yang panjang. yang ade 12 batang pensel warna tu. yang kecik-kecik tak nak. demand betul budak-budak dulu. haha. aku ingat lagi, dalam banyak-banyak barang yang aku ada, kaler Luna la yang paling aku kedekut sket nak bagi kawan-kawan pinjam. sebab diorang kaler sampai tumpul. aku sayang gila kot ngn kaler Luna aku! beli mahal ni! HAHA. tengok gambar sket.


ala, kalau dulu dapat jugak la pensel warna Luna yang panjang ni setelah penat lelah aku merengek-rengek. tapi budak-budak skarang, tak payah yang 12 batang ni, siap yang 24 batang boleh bukak dua belah cam buku tu pon senang-senang je dapat.

pastu kan korang, kalau kecik-kecik dulu, mesti aku mintak beg tarik kat mak aku. aku rase stat darjah 3 aku dah pakai beg tarik. buku banyak kot. HAHA. beg tarik pon tak nak kalah. nak jenama Swan! hehe. bila pegi skola tak payah dah nak gendong-gendong beg tu. *padahal aku pegi skola naik kereta. dari kereta ke kelas je tarik. haha. yela, mak aku kan cikgu skola. sekali la sekolah ngn aku. tapi pemalas.nak jugak beg tarik.

haha. seronok ingat zaman masa kecik-kecik. *sengih- sengih habiskan ayat.






Nov 21, 2010

Cinta Seorang Pemuda






saya suka tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh!! sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul.. sungguh!! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup sampai bila-bila.. takut dibakar oleh api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Maha Pencipta.

saya suka sangat tengok body teman wanita saya.. solid betul. sungguh!! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan kekasihnya Yang Maha Utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapNya. saya pon tumpang dapat pahala.. syoknya!

saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. saya pon macam tu juga. si dia tanya, "apa ubatnya, sayang?" saya pon bagi dia
Al-Quran sebagai penenang jiwa.. semoga dia lebih cintakanNya daripada saya.

saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; "makan minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok.. nanti awak jatuh sakit saya jugak yang susah hati". tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu sahaja, dia tak kata satu apa pon. Aduh!! berdosanya saya!

saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta selama-lamanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih-sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami.. semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti, Amin...


Nov 10, 2010

kisah rumput dan kasih sayang


assalamualaikum korang korang.
hari ni aku nak share kisah rumput. haha. ape kena mengena rumput dengan kasih sayang kan?
korang pernah dengar cerita rumput ni tak? tak pernah? pernah? pernah ke tak pernah ni?
aku nak cerita pasal rumput ni. haha




Kisah ini adalah tentang seorang pelajar sekolah tanya cikgu dia macamana nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang. Masa tu cikgu dia tengah mengajar tentang kasih sayang dan cikgu tu suruh dia pergi ke padang dan mengambil rumput yang paling cantik di depan mata dia tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Bila dah petik, terus ambil dan bawa ke kelas. Si pelajar tadi pun buatlah tapi bila balik ke kelas tak ada pun rumput di tangan nya.

Cikgu: Mana rumput?

Pelajar: Tadi cikgu kata pilih yang cantik, memang banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, saya pun mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi tapi saya tak jumpa yang paling cantik pun bila dah sampai di hujung padang. Mungkin ada yang paling cantik di belakang tapi cikgu tak bagi saya menoleh ke belakang lagi maka tiada lah rumput yang saya petik.

Macam tu lah lebih kurang jawapan pelajar tu tadi.

Cikgu: Itu lah kasih sayang. Bila kita dah jumpa yang kita sayang, kita janganlah mencari yang lebih baik lagi. Hargailah orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi, yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi orang yang cantik dan baik di luar sana, macam rumput tadi.

jadi, kesimpulannya kat sini

hargailah orang yang kita sayang. walaupun ada yang lebih cantik dan terbaik, mereka tetap istimewa selamanya.


















Nov 8, 2010

pizza craving!




salam.
hai pembaca-pembaca yang comel.

-
-
-
-
-
-
-



eh eh. gambar atas takde kena mengena dengan apa yang aku nak cerita. saje je buat hiasan sekejap. hari ni aku nak cerita. tapi cerita pakai gambar je. orang cakap gambar menceritakan segalanya. kan kan? haha. so, based on gambar kat atas ni,korang rasa aku nak cerita apa?

atas bukit ada rumput, rumput panjang tak pernah lihat, rumput atas bukit, bukit yang cantik.hey!bukit yang cantik!
atas rumput ada aku, aku yang comel, xpernah lihat, aku atas rumput, rumput atas bukit, bukit yang cantik. hey! bukit yang cantik! ngahaha.korang tau lagu ni tak? lagu ni panjang lagi. tapi cukuplah aku merepek sampai sini je. gambar nak bercerita ni.


dua minggu lepas, kitorang buat girl's day out kat pizza hut. seronok!
so, gambar ceritakan segalanya.nyiahaha!!


1


2


3


4


5


6


7

haha. hangout berdua je. best sebab tak banyak hal. senang bincang same same. kan kan?
okey. next girl's day out bila? ngahaha!


Nov 7, 2010

make over

hai labah-labah yang menari-nari. dan hai jugak pada korang! lama sangat tak update blog. dari bulan julai sampai sekarang dah pun bulan november! eh eh, November tau!! hehe. aku mention kan sikit bulan November tu! kepada yang faham, terima kasih banyak banyak. fuh fuh*flying kiss.

nampak tak perbezaan perubahan blog aku? haaaa. ade beza kan? daripada yang tak lawa dulu dah bertukar kepada tak berapa nak lawa. penat ni edit siang malam. peluh sana sini. tunggang terbalik tergolek aku berusaha nak make over balik blog aku ni. ngahahaha. *melampau kan? walaupun tak secantik blog kawan-kawan aku macam yang ade salji-salji turun kat blog diorang, tapi cukuplah sekadar menyedapkan mata korang yang singgah jalan-jalan kat blog aku ni.*senyum lebar-lebar sampai telinga*

dan dan dan lagi satu perubahan!! perasan tak perasan tak? blog aku dah ade lagu. ngahahaha.
aku jarang jugak letak lagu kat blog. so,sekarang nak tinggal blog lame-lame pon takpe la kot kan? sebab blog tak sunyi lagi sebab ade yang bising-bising. ngahahaha!

bye bye blog!

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen