blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Nov 21, 2010

Cinta Seorang Pemuda






saya suka tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh!! sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul.. sungguh!! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup sampai bila-bila.. takut dibakar oleh api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Maha Pencipta.

saya suka sangat tengok body teman wanita saya.. solid betul. sungguh!! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan kekasihnya Yang Maha Utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapNya. saya pon tumpang dapat pahala.. syoknya!

saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. saya pon macam tu juga. si dia tanya, "apa ubatnya, sayang?" saya pon bagi dia
Al-Quran sebagai penenang jiwa.. semoga dia lebih cintakanNya daripada saya.

saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; "makan minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok.. nanti awak jatuh sakit saya jugak yang susah hati". tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu sahaja, dia tak kata satu apa pon. Aduh!! berdosanya saya!

saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta selama-lamanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih-sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami.. semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti, Amin...


No comments:

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen