blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Dec 28, 2010

Soalan Nombor Sembilan Belas



Day 19 : Nicknames you have, why do you have them


hai semua. eh, hari ni aku kena share dengan korang nama samaran aku la. aku ada lebih dari satu nama samaran. sebab nama aku ada tiga. haha.

Hajar Nur Azureen

nama samaran aku pulak

Hajar : kebanyakan orang yang panggil aku hajar adalah kawan-kawan dan cikgu-cikgu aku. kat skolah dulu semua panggil hajar. sampaikan aku tumpang glamour kakak-kakak aku. cikgu-cikgu semua kenal adik-beradik hajar. cuma tak kenal aku je. sobsob. sebab nama aku ada hajar, diorang boleh tau, aku salah seorang daripada Hajar's siblings. hahaha.

awien : ni nama 'manja' aku kat rumah. family aku panggil aku dengan nama awien. kawan-kawan yang rapat dengan aku pon ade panggil aku awien. so, sape-sape kawan aku yang panggil aku dengan nama ni, maksudnya korang kawan rapat aku tu. *wink wink!

azureen : nama ni sepupu sepapat aku yang panggil. mak cik pakcik and cousins, sume panggil aku dengan nama azureen.

selain tu, aku ada nama samaran yang tak berapa sedap nak didengar, tapi aku redha dengannya. hahaha.

Ureen : nama seakan-akan oren ni, opah-opah sedara aku yang panggil. dulu, arwah opah aku yang panggil aku dengan nama ni. since opah aku dah takde, nama samaran ni disebut pulak oleh opah-opah sedara aku. I miss opah. :'(

aku jugak pernah ada nama samaran yang sekejap je pernah aku ada. banyak gila nama samaran aku kan? korang ade? hahaha

Mazwin : nama ni ayah aku yang start panggil masa aku mula-mula sakit dulu. kalau orang tua-tua cakap, bila budak-budak sakit, kena tukarkan nama samaran yang kita panggil tu. so, ayah aku panggil aku dengan nama mazwin. tapi aku tak biasa. lama-lama, tukar balik jadi awien.

wah. nice lah! banyak jugak nama samaran aku. selama ni tak pernah aku kira. dah ada lima nama samaran. ada sape-sape yang nak tambahkan nama samaran aku tak? kot-kot korang nak panggil aku lisa surihani? haha. bubye!!








Soalan Nombor Lapan Belas





Day 18 : plans, dreams, goals you have

Assalamualaikum. hai hei hoi semua. sihat tak? sihat tak? hari ni dah 29 haribulan kan? lagi dua hari dah nak masuk tahun 2011. umur aku nak masuk 19 tahun. dah tua la pulak. tak suka jadi tua. nak jadi muda mudi balik. boleh tak? haha.

aku ada banyak plan atau dreams atau goals. haha.

nombor satu : aku tak nak sakit sakit lagi. nak sentiasa ada darah merah yang cukup. tak nak pergi hospital untuk transfuse darah lagi.

nombor dua : aku tak nak ambik ubat lagi. haha. tadi pegi hospital kuala lumpur. doktor dah offer aku sama ada aku nak teruskan ubat aku or tak. aku jawab nak. yela. skarang aku dah tak tau nak pakai ubat ape lagi. kalau aku cakap nak stop ubat tu, aku nak pakai ubat ape?

nombor tiga : aku nak ada someone yang bernama kawan yang sentiasa ada bila aku nak cerita problem aku. skarang bukan takde. ade, cuma dia tak selalu ada ;(

nombor empat : nak pegi bercuti kat satu pulau yang ada air laut yang biru, jernih boleh nampak ikan-ikan. haha. mimpi lah kau!!

nombor lima : nak makan! makan! makan dan makan!! sape nak blanje?

skarang rasa nak makan



rojak buah! nyum nyum!



laksa! nak rasa sikit je! huuuu



air dragonfruit!! cukup lah tiga ni. hahaha.






Dec 26, 2010

Soalan Nombor Tujuh Belas



Day 17 : Someone you would want to switch lives with for one day and why

hai hai. soalan hari ni memang mencabar. berpeluh aku nak jawab. haha. tak tak. aku tipu je. aku tak nak tukar diri aku dengan sape-sape pon. aku happy menjadi diri sendiri. punya nama sendiri yang sedap. hahaha. dan semestinya happy dengan apa yang aku ada. aku tak nak tukar dengan sape-sape sebab, nanti kalau dah tukar, takut tak boleh tukar balik. nyiahaha. buat apa nak tukar dengan orang lain kan, orang pon tak hingin nak jadi aku la. huuuuuu T_T


*happy menjadi diri sendiri, tak payah la nak jadi sape-sape*

eh, kalau jadi macam era fazira pon ape salahnye kan? haha!






Soalan Nombor Enam Belas




Day 16 : Another picture of yourself

Assalamualaikum hai hai semua. dah bape hari dah aku tinggalkan blog aku tak berupdate. kurang sihat tau, bukan malas. korang nampak tak kat About Me aku. kalau korang tak nampak, biar aku taip balik kat sini.

kalau aku tak update,maksudnya aku kurang sehat. bukannya malas!! tau tau?!!

tau tak? haih haih. aku demam-demam pulak dua tiga hari yang lepas. alhamdulillah dah baik.
bolehlah aku jawab soalan nombor 16 hari ni. baru nombor 16. tulah! banyak sangat tangguh.




❤ yang ni gambar aku yang latest. 21/12/2010. beza sangat dengan gambar-gambar aku yang sebelum ni. sebab muka aku dah cengkung. kurus sgt. sebelum ni pipi tembam. =='

❤ gambar ni sangat control sebab aku tak boleh senyum betul-betul. kulit bibir aku kering sampai berdarah. sakit bila nak senyum. hahaha.

❤ aku tangkap gambar ni sebelum aku bertolak pegi Hospital Ipoh. owh, hari tu kat Hospital Ipoh banyak wartawan & cameraman. pasal kes bas accident kat cameron highland tu. takziah.

❤ yang kaler hijau tu inner shawl. aku pakai dengan shawl cotton hitam. lilit-lilit jadi la macam kat gambar atas tu. hehe. nice dan senang sgt pakai tudung ni.

❤ yang atas tu aku la. betul. tak tipu. aku tak curi gambar orang pon.


*malam ni Malaysia lawan Indonesia. aku dah tak tau nak taip apa. kita tengok bola jela eh*

bye bye!!





Dec 19, 2010

Soalan Nombor Lima Belas




Day 15 : Put you iPod on Shuffle : First 10 songs that play




ingat aku orang kaya ke senang-senang nak dapat iPod. bukan boleh beli kat kedai runcit. "abang abang, nak iPod sebijik. bungkus elok-elok eh. takut calar." haih. mimpi la nak dapat iPod. mak ayah aku bukan orang kaya nak kasi anak dia senang-senang dapat iPod. jadi, disebabkan aku takde iPod, nak shuffle lagu pon tak boleh. haha. hari ni entry pendek jela eh. nak cite ape kalau aku memang dah takde iPod? aku pinjam gambar iPod dari google sebab nak bagi entry aku nampak panjang.heheh.

take care readers

*bape banyak perkataan iPod dalam entry ni?*






Dec 17, 2010

Soalan Nombor Empat Belas



Day 14 : A picture of you and your family


Assalamualaikum. hari ni aku kena share pulak gambar aku dengan family aku yang tercinta. setelah dikobek, digeledah, dan digodam laptop aku ni, aku hanya menjumpai satu gambar lengkap aku dengan family aku. gambar memang dah berkurun lama. sebab tangkap kat studio kan. kalau sekarang susah nak kumpul ramai-ramai nak tangkap gambar sekali. kakak-kakak aku semua busy dengan study.


okey korang boleh gelak sekarang. =='

tengoklah betapa antiknya gambar family ni. aku pon still sememeh, selekeh dan sebagainya. adik aku comel, kecik kemetot lagi. skarang ni dia lagi tinggi daripada aku dan kakak sulung aku. tapi, ayah aku maintain hensem, mak aku maintain lawa. hahaha. kitorang je yang berubah sekarang. ada yang makin tinggi, makin besar, dan aku surelah makin comel. *angkat bakul sniri kejap. lama dah tak buat* hehe. kenapa tangkap gambar sekali dengan medal-medal dan piala eh? aku pon sebenarnya tak tahu-menahu dalam semua ni. aku tak tahu apa motif sebenar ayah aku buat macam tu. nak tunjuk anak-anak dia punya medal ke? sah-sah bukanlah medal aku. sebab aku bersukan sampai darjah 4 je. lepas tu aku dah tak boleh join sukan dah. medal aku ada la dua or tiga kat situ.

eh, lupa pulak. mana-mana dan siapa-siapa tak kenal aku yang mana satu, meh la aku bagitau. terasa berat je nak bagitau ni. aku yang sebelah ayah aku tu. pakai baju kurung bunga-bunga hitam putih. boleh gelak kalau korang nak gelak. sob sob sob. tengoklah muka muncung aku. sikit pon tak nak senyum bila tangkap gambar. ngahaha. sebenarnya aku merajuk dengan mak aku. sebab aku tak nak pakai baju kurung tu. sebab baju kurung tu sangat tak lawa! orang nak pegi tangkap gambar nak la jugak pakai baju lawa-lawa. last-last aku kena pakai baju tu, naiklah muncung aku. haha. ala, budak-budak lagi time tu. biasa lah! *cover sikit*. tudung aku punyalah labuh. tak masuk pulak dengan warna baju aku. suka-suka hati aku je nak pakai camtu kan? =='

ini lah family aku. adess. salah susun ayat pulak. last-last baru nak cite pasal family kan? haha. balun jela. adik beradik aku ade enam orang. kalau tak percaya, korang boleh kira kat gambar tu. lepas tu, kitorang semua perempuan. takde lelaki, dan tak akan ada adik beradik lelaki. haha. ayah aku adalah satu-satunya lelaki dalam family aku. nama adik beradik aku semuanya bermula dengan nama 'HAJAR'. contohnya seperti nama aku iaitu Hajar Nur Azureen.

kakak aku yang sulung skarang tengah tunggu tawaran untuk jadi cikgu. kakak second aku still belajar medic kat UIA Kuantan. kakak aku yang nombor tiga dah habis belajar. next year dia praktikal kat sekolah. bakal cikgu jugak. kakak aku yang nombor empat still degree kat shah alam. aku pulak, sedang bercuti khas daripada UiTM Sri Iskandar. and the last one, adik aku form 2 tahun 2011 kat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Mak dan ayah aku bekerja sebagai guru di sekolah rendah. rumah aku rumah teres, diperbuat daripada batu. kat rumah aku, takde maid. tau tau? haha. itu je kot pasal family aku.

kalau korang nak tau lebih-lebih, tanyalah aku eh. jangan segan-segan. haha. bye bye!






Dec 16, 2010

Soalan Nombor Tiga Belas




Day 13 : A letter to someone who has hurt you recently



surat yang aku tulis ni khas untuk kau.

dear my *some text missing*
terlebih dahulu aku nak mintak maaf dari mula aku kenal dirimu sehingga hari ini. aku tahu aku telah melukakan hatimu. bukan sekali, malah berkali-kali. kau terlalu sempurna buatku. tutur katamu tak pernah sekalipun menyakitkan hatiku malah ia membuatkan aku tersenyum selalu bila aku berada bersamamu. aku terlalu senang ketika bersamamu. mungkin kini aku tidak dapat merasai semua itu lagi. maafkan aku.

jika mengikut soalan ini, surat ini hendaklah ditujukan kepada seseorang yang telah melukakan hatiku baru-baru ini. aku ingin meminta maaf sekali lagi. kau bukanlah menyakitkan hatiku, tetapi secara jujur aku sedikit terasa dengan apa yang kau katakan. kau tidak mungkin akan berkawan denganku seperti mana kita berkawan selama ini. terlalu berat bagiku, kerana kau adalah salah satu rakan yang terlalu istimewa bagiku. tetapi, aku tidak mungkin akan memaksamu. kerana itu adalah kehendakmu dan aku perlu menghormatinya.

terima kasih kerana menjadi rakan yang terlalu sempurna buatku. sukar dirimu untuk kucari ganti. terima kasih juga untuk segala masa, wang dan tutur katamu yang sentiasa membuatkan aku tersenyum. sukar untuk aku membalasnya. segala kenangan semenjak perkenalan kita hingga kini, sentiasa dalam ingatanku, Insyaallah. maaf kerana tidak dapat menjadi seperti apa yang kau mahukan. doaku agar kau bahagia di luar sana. akhir sekali, maaf dan terima kasih atas segalanya. :')


*entry yang serius untuk hari ini*





Soalan Nombor Dua Belas




Day 12 : How you found out about blog and why you made one



hai hai readers. hari ni aku nak jawab soalan nombor 12 pulak. wah! ada lagi 18 soalan berbaki. banyak lagi soalan yang aku kene jawab. tapi takpe. sebab aku rasa seronok bila update blog hari-hari. maybe dah jadi blogaholic kot? hahaha.

How you found out about blog
aku start buat blog ni dua tahun lepas. aku memang tak terfikir pon nak buat blog. time tu aku baru lepas keluar dari hospital. baru lepas buat operation. kakak aku yang decide buat blog ni. hey hey, cerita ape je aku nak share kat blog huh?

kakak : awin, awin buat la blog. cerita pasal awin operation and blablabla.
aku : ala,tak reti la. nak cerita ape je?
kakak : buat jela. (then kakak aku sign up kan untuk aku) awin cerita la ape-ape. nanti opi baca.
aku : blur =.=

so, aku tahu about blog dari kakak aku la. sign up and biar macam tu je nearly about one year. haha. kebetulan, aku selalu baca blog-blog kawan-kawan aku. so, aku pon try la cerita jugak kat blog aku. ouh serius aku tak reti ape-ape tentang blog. nak letak template pon terkial-kial. tapi lama-lama aku dah pandai camne nak manage blog ni. bukan senang nak jadi blogger. jalan cerita dan cara kita bercerita kena sedap. cara penulisan kita la yang menarik readers untuk baca cerita-cerita kita. aku tak yakin dengan cara penulisan aku. maybe macam budak-budak bercerita kot? tak best nak baca. korang susah sangat ke nak bagi komen camne cara aku bercerita? haih. asyik jadi silent readers je korang ni.


Why you made one
sebab kakak aku yang suruh. hehe. lagipon, dah lama aku tinggalkan karangan sekolah. kat sini la pulak aku berkarang. haha. blogging pon boleh connecting people tau. bukan facebook je boleh connecting people. kalau dari kecik sampai besar korang berblogging, boleh la aku tau cite korang bila dah beranak pinak. hikhik. selain tu, korang boleh ajar anak cucu korang berblogging pulak. "cu, meh sini nenek ajar macam mane nak buat blog. dulu, blog nenek ramai orang follow".

tapi, blogging memang seronok. kalau korang tak caye, boleh tanya pada blogger-blogger baru.
sebab aku tak tau apa yang seronoknye. ngahahah!



Dec 15, 2010

Maafkan Aku




Kiranya benar takdir kita
cuma setakat ini
maaf kupohon darimu
dari detik pertama perkenalan
hingga saat perpisahan

Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kau inginkan
aku cuma aku
bukanlah insan sempurna

Maaf ku tak bisa
melupakan dirimu
wajahmu, bait tuturmu
segala yang ada padamu
akan sentiasa di ingatanku

Andai tiba saatnya
kau temui penggantiku
akan ku titipkan doa
moga kau bahagia disampingnya


Dec 14, 2010

Soalan Nombor Sebelas




Day 11 : Another picture of you and your friend


gambar lame ouh. ni time aku tembam-tembam. skarang dah kurus sebab tak bape nak sehat


❤ gambar ni aku dengan salah sorang kawan yang paling rapat dengan aku. nama dia ila. kitorang kenal dari kecik lagi. main dari pagi sampai petang same-same. aku rindu masa dulu.

❤ dia lah tempat aku mengadu semua cerita-cerita aku. dari A sampai Z dia tau. mungkin lah kot. haha. sebab ape-ape secret aku, dialah orang first yang aku bagitau. ila, skarang aku ada cerita nak cite kat ko. bila ko balik? ;(

❤ ila seorang yang cukup cantik. sudahlah cantik, baik pulak tu. kalau aku keluar jalan-jalan dengan dia, mesti kene tackle. bukan aku, tapi dia. HAHAHA. dah lama tak keluar same-same. aku rindu ko ila.

❤ skarang kitorang dah susah nak jumpa. sebab ila dah sambung belajar. dulu dia yang susah nak jumpe aku, sebab aku masuk belajar. skarang, aku dah extend sem, cuti berbulan-bulan. tapi, ila pulak yang takde. rumah kita tak jauh pon, bila la ko nak balik ni ila? ;(

❤ lastly, I wanna tell you that...I love U. aku rindu gila dengan ko skarang. kalau ko baca ni, diam-diam sudah la eh ila. malu aku nanti. hikhik.











Dec 13, 2010

Soalan Nombor Sepuluh




Day 10 : Songs you listen to when you are happy, sad, bored, hyped, mad


nak jugak letak gambar dari mr. google ni kan.haha


for your information, aku bukanlah seorang yang peka dengan dunia luar. so, lagu ape yang best-best dan baru-baru skarang ni, aku memang lambat sikit tau. orang lain dah lama tau, aku baru sebok-sebok nak download.hehe.

masa aku happy
✼ Bruno Mars- count on me
✼ apa-apa lagu yang ada kat radio. aku dengar je

masa aku sedih
✼ Eren -pelengkap hidupku
✼ Dadali- disaat ku mencintaimu
✼ Alif Satar- cukup indah
cukup la kalau nak buat aku nangis bila aku dengar lagu-lagu ni.sobsob ;(

masa aku bosan
✼ semua lagu yang ada dalam henset aku
✼ tukar-tukar channel radio sampai aku dapat dengar lagu yang best

masa aku tengah hyped
gila? aku tak dengar lagu time ni. -.-

masa aku tengah marah
aku tak dengar lagu jugak. aku dok tahan marah. kembang kempiskan hidung.


lagu apa yang baru-baru skang eh?

Dec 12, 2010

Soalan Nombor Sembilan




Day 09 : Something you were proud in the past few days


gambar dari mr. google


Baru-baru ni, result student-student UiTM dah keluar. so, ramai yang share-share result diorang.sharing is caring kan? hehe. aku terlepas saat-saat gembira tu. sebab aku dah extend study and aku tak ambik exam skali dengan student-student yang lain. okey. jadi dengar cerita classmate aku ramai yang dapat pointer 3.5 and above. that's why aku bangga dengan classmates aku. hahaha. itu la perkara yang aku banggakan dalam beberapa hari yang lepas!!

tapi, dalam berasa bangga, aku jugak rase sedih. sebab aku tak dapat memiliki pointer!! sebab aku tak ambik exam aritu la. haha.*memang la kau takde pointer! sebab tak ambik exam!* seronok dengar kawan-kawan share pointer masing-masing. tambah-tambah yang dapat anugerah dekan. macam senang je diorang nak dapat dekan. aku rase sume subjek susah,terutamanya perakaunan! *sigh

ade lagi ni, dalam perasaan bangga aku jugak, aku terasa diri ni terlalu kerdil berada dalam kalangan classmates aku yang lain. diorang pandai-pandai kot! terasa macam diorang ni sume besar-besar, lepas tu aku sorang je cinonet dalam kelas tu. korang dapat bayangkan tak? haha!! gila! merepek-repek bayangan camtu. tapi betul!! inilah perkara yang telah membanggakan aku beberapa hari yang lepas. walaupun aku tidak tersenarai sekali, aku cukup bangga dengan kawan-kawan aku. tahniah semua! keep it up okey! nex sem buat lagi dan lagi dan lagi! ouh, rindu korang! aku memang confirm extend sem lagi.....

*langit-langit aku berdarah la.macam mane nak berhentikan darah ni eh? asyik telan darah je.nak termuntah dah aku. darah memang tak sedap!*

bye bye!

Selamat Datang Cinta Baru!!



hai hai korang.hari ni aku nak cerita tentang CINTA! wah, sejak dua menjak ni asyik cerita pasal cinta je, ada yang baru ke? haha. tak ada apa-apa yang baru tentang cinta. cinta tu ape? cinta tu buta. cinta itu menyakitkan! cinta tu sesuatu yang indah!cinta tu bla bla bla.okey. takpela wahai pembaca-pembacaku tersayang. korang pernah tak ingat someone, lepas tu senyum-senyum sorang-sorang macam orang gilo! hahaha. kalau korang penah rase, orang cakap itu C.I.N.T.A!! jeng jeng jeng! orang cakap, bukan aku yang cakap. heheh.

aku penah jugak rasa macam tu. tapi aku selalu syok sniri je.haha. senyum-senyum, ingat something yang sweety sweety pie yang jadi, peluk-peluk tumbuk-tumbuk bantal. haih haih. itu semua kenangan masa aku kecik-kecik dulu. ewah. kecik masa bila pulak la kan. masa aku sekolah dulu-dulu. biasa la puppy love dalam kalangan budak-budak sekolah macam aku.tambah-tambah lagi bila baru mula-mula couple. amboi bukan main lagi. henset 24 jam kat tangan uoooollss. itu dulu, bukan sekarang.hihi.

skarang ni aku nak tanya korang. dengar sini! haha. seronok ke ade boyfren, girlfren? seronok? tak? seronok ke tak? kalau tanya kat kawan-kawan aku ni, mesti ade yang jawab best! dan ada jugak yang jawab bosan. tahniah pada korang-korang yang seronok dengan cinta. yang bosan dengan cinta, takpe jangan sedih-sedih bagai nak rak. haha. ala, kalau kawan-kawan aku, baru je clash, senang-senang je dah dapat yang baru. aku pon kadang-kadang pelik bin hairan. nangis bukan main lagi, pastu dah ade yang baru. ketuk baru tau!

bukan senang nak jumpa lelaki yang betul-betul baik. semestinya kita sebagai seorang perempuan atau lebih dikenali sebagai wanita, (eceh!) nak kan seseorang yang memenuhi citarasa kita. kan kan? mana perempuan ni? haha. lelaki pon tak kurang jugak. diorang pon ade ciri-ciri pilihan. kalau aku, aku memilih lelaki yang...... (wah! nak share ni) lelaki-lelaki, sila ambik perhatian. hahahah!

❀ tak mengongkong aku *ingat aku ni isteri kau?!*
❀ yang baik
❀bersopan-santun berbudi bahasa
❀ tak selekeh, kemas
❀ rambut potong pendek-pendek *kalau nak panjang, jaga elok-elok.haha*
❀ kuku sentiasa pendek!
❀ bila keluar dengan aku, tak berseluar pendek, pakai kasut (lebih cantik sandal)*bukan selipar
❀ ouh, itu je kot. *woi, tak kawin la kau! HAHA*

main-main je ni.tapi ciri-ciri yang aku nak, lebih kurang macam tu la. jangan lepas ni, ade orang yang tanya-tanya aku sudah la eh. haha. ini sebagai contoh dan sesuka hati aku dalam blog ni. tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. *kena mengena ke?*



yang dah clash pulak, korang tak payah nak nangis beria-ia sangat. sebab aku jamin, tak sampai sebulan, Selamat Datang Cinta Baru! kalau korang jumpa someone yang korang jamin dapat happykan korang, tahniah sangat-sangat. tapi lain pulak bagi aku. kalau aku dah jumpe someone yang terlalu baik buat aku, aku sangat susah untuk lupakan dia. wah! sapa eh? sapa eh?haha. macam cerita rumput aritu pulak. dah jumpa yang sempurna, jangan cari yang lebih sempurna lagi. sebab mungkin kita tak akan jumpa yang lebih sempurna.

*kesan luka cinta lama tak sembuh lagi, mana boleh nak datang cinta baru!*

selamat malam cinta!







Dec 11, 2010

Soalan Nombor Lapan

Day 08 : Short term goals for this month and why

Assalamualaikum.hai hei hoi semua. haih. mata sebenarnya terasa berat. jari pulak terasa malas nak menaip kat papan kekunci lappy ni. kepala dah pikir pasal katil kat atas. hahaha. banyaknye mengeluh. hish hish. tak senonoh betul budak ni kan. ngahahaha. lantak korang la nak cakap ape pon, aku dah mengantuk ni. tapi aku gagahkan jugak diri nak update blog untuk hari ni.

tadi baru lepas kenduri tahlil kat kampung. sebab tu aku penat balik-balik ni. nak update pulak untuk soalan nombor lapan iaitu.......

SHORT TERM GOALS FOR THIS MONTH AND WHY

skarang ni bulan disember, ape yang aku target untuk bulan ni eh? aku pon tak tau la. kalau lari sikit daripada soalan takpe tak? haha. sebab aku takde target yang betul-betul aku nak untuk bulan ni. cuma aku mengharapkan yang kesihatan aku bertambah baik dan akan terus berterusan macam ni. yang ni target untuk SEUMUR HIDUP. haha. boleh kan kan?

skarang ni alhamdulillah kesihatan bertambah baik. cuma every two weeks aku kena buat transfusion. kena masuk darah berbag-bag. Haha. tak, aku tipu je. kadang-kadang satu or dua bag je. ouh, satu bag darah pon makan masa tiga jam nak masuk dalam badan aku. kalau 2 bag, enam jam aku duduk menanguk je kat hospital tu. kalau pagi datang, petang baru balik rumah. dah macam orang pegi balik keje tau tak? fuuuh fuuuhh ~




Gambar ni time transfuse darah tiga minggu lepas. aku bosan sampai tak tau nak buat apa. yang ni la hasilnya hahah. kalau time transfuse darah, keje aku tido ngan makan je atas katil tu. kakak aku tunggu sambil tengok movie. tengok movie sorang-sorang, aku tak boleh join. takpe la kan. tido lagi best! haha. ouh ouh! short terms goal aku jugak, aku tak nak masuk-masuk darah lagi. cukupkanlah darah merah aku everytime check blood count! tak payah aku masuk darah lagi. yeeeepiiiiiii!!

*mata dah mengantuk! nak tido!*

bye bye take care readers!


Dec 10, 2010

Soalan Nombor Tujuh




Day 07 : A picture of someone/something that has a big impact on you



ni mak dengan ayah aku. gambar ni di'snap' masa kitorang pegi umrah bulan enam aritu. ye,gambar mak dan ayah aku lah yang memberikan impak yang TERSANGAT BESAR kepada aku. terlalu besar pengorbanan mak dan ayah aku yang telah mendidik,membimbing dan menjadikan aku seorang manusia berguna, InsyaAllah. banyak impak dan perubahan dari dulu hinggalah sekarang.

Kerana mak dan ayah, aku dah hidup kat dunia ni selama Tujuh Belas Tahun. lama tu 17 tahun. selama 17 tahun mak dan ayah aku bagi aku makan, minum, pakai dan didikan yang mencukupi. alhamdulillah semuanya cukup, malah mungkin terlebih. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana mak dan ayah, aku telah berjaya menjadi seorang pelajar. dari kecil mak masukkan aku belajar kat tadika, kemudian ke sekolah rendah, dan meningkat ke sekolah menengah. setelah tamat tingkatan lima, aku menjejakkan kaki ke UITM Sri Iskandar pulak. yuran, barang-barang yang nak kena dibeli, duit untuk beli buku-buku yang mahal, siapa lagi yang bagi kalau bukan mak dan ayah aku. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana mak dan ayah, syukur alhamdulillah kepada Tuhan aku semakin sihat. mak dengan ayah belanjakan duit yang banyak untuk beli ubat-ubat aku. demi kesihatan aku, mak dan ayah sanggup menghabiskan duit walau beribu sekalipun. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana Tuhan, aku dikurniakan mak dan ayah yang cukup menyayangi diri aku.
Terima kasih Ya Tuhan. :')


*tamat dengan titisan air jernih di pipi*









Soalan Nombor Enam




Day 06 : Favourite super hero and why

hai. hari ni aku nak share favourite super hero aku dan kenapa ia menjadi kesukaan aku. erm, kalau dah besar tagun ni, aku dah tak minat sangat tengok cerita-cerita super hero. tapi sebab aku dah kena jawab soalan nombor enam hari ni, aku kena ingat balik super hero ape yang paling best. haha. masa kecik kenit-kenit dulu, aku suka tengok cite dragonball, tapi aku tak paham apa. sampai la skarang aku tetap tak paham jugak cerita dragonball. so, aku TAK NAK pilih Goku la.

FAVOURITE SUPER HERO AWIEN ADALAH

jeng jeng jeng
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

yeah! BATMAN!


kenapa Badman? eh?Batman la!Bad tu jahat.Bat tu kelawar.hahaha. kenapa aku suka sangat dengan batman? sebab dia boleh terbang. skarang dunia dah maju. harga barang semua dah naik. minyak dah naik. aku naik minyak.haha. so,jika ada nya Batman aku ni, aku tak payah susah-susah berpeluh ketiak nak pakai kereta. Super Hero aku boleh terbangkan aku ke mana saja aku nak pegi. best ke tak best ade super hero? best an an? ngahahaha.

Tambahan lagi, Batman aku aktif pada waktu malam. sebab siang die tido. kelawar kan suka membuta pada siang hari dan aktif pada belah malam pula. korang tau ke tak? boleh la google pasal kelawar. aku tak google pon. aku balun je ape aku nak taip. blog aku, suka hati aku la kan? nyiahaha. super hero aku sama dengan aku. sebab aku pon aktif pada malam hari. siang aku tido lebih sikit. haha.sikit je tak banyak. selain itu, senang la aku nak terbang dengan Batman aku malam-malam, sume orang tido. so,takdela kitorang keluar paper muka depan esok pagi.
"Batman Bermasa Teman Wanitanya". kan ke susah aku nak jawab dengan media. melalut dah banyak sangat ni. tu la, sape suruh tanya soalan yang mencabar daya imaginasi aku kan? haha







Dec 9, 2010

Cinta Tak Semestinya Memiliki





Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tidak diterima.

Cinta itu tidak pernah ditolak, kerana setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap-harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi, lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. keinginan itulah yang memberikan pahit-pahit yang menghiris dada.

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu.

Jangan siakan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu dipikul di bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian.

Tapi.......

Percayalah pada diri,
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya,
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan....


Dec 8, 2010

Soalan Nombor Lima



Day 05 : A picture of somewhere you have been to


Gambar ni masa aku pegi Taman Paya Bakau, Manjung.

✩ Ini first time aku masuk Taman Paya Bakau. nama pun first time kan, memang terasa batak sikit la. Titi yang ade punya la panjang, ntah sampai mane. tapi ade jambatan gantung yang tak sampai 100 meter kot.haha

✩ Aku pegi Taman Paya Bakau ni dengan kakak-kakak aku. ngahaha. *bukan dengan someone special tau tau! sebab aku takde special boyfriend pon*

✩ Taman ni best jugak untuk korang-korang yang nak datang dengan bf or gf korang. sebab jalan panjang dan banyak cabang. monyet pon banyak.

✩ Kenapa aku cerita pasal taman ni? sepatutnya cerita pasal aku la kan? haih.
ouh ouh. time ni aku tak berapa sehat. tapi nak jugak keluar berjalan. so kakak aku pon bawak.

✩ Lepas kitorang pegi sini, kitorang pegi Marina Island pulak. then, pegi rojak manjung. sedih sebab rojak dah habis. so, makan mee rebus rojak manjung yang sgt sedap! eh,petang ni nak ajak kakak pegi makan mee rebus rojak manjung lah! bye bye!!


*soalan nombor lima tamat*











Soalan Nombor Empat



Day 04 : A habit that you wish you didn't have

heeeyaa!! I'm back. Assalamualaikum. hai semua. Alhamdulillah kesihatan aku bertambah baik, so aku ambik kesempatan ni untuk update soalan yang dah berhari-hari tertunda nak kena jawab. kalau kira-kira lebih seminggu jugak. syukur alhamdulillah aku diberi kesihatan kembali.

okey! back to the question.

A habit that you wish you didn't have



OMG! *ouh, memang gila!* comel dan kau sangat cantik wahai ice cube. kalau dapat gigit-gigit ni, kruk krap wah!!! best sangat!

ni lah habit yang aku nak sangat hilang dari hidup aku. tapi aku tak boleh nak control. setiap hari mesti nak kena gigit ais walaupun sikit. ouh, penyakit ape la ni. nak kata ais ni sedap, takde pulak la rase manis, tawar jugak. maybe best sebab bunyi kruk krap sampai aku tak boleh cover nak gigit ais batu. mak ayah aku marah gigit-gigit ais ni. memang ramai orang cakap, gigit ais batu tak elok. kenapa eh? sapa tau? sapa tau?! bagitau aku kenapa tak elok?



korang tengok ni. aku dapat dari fanpage Kami Suka Kunyah Ais Bila Air Dah Habis.
betul ke nanti menjadi masalah kepada wanita masa nak bersalin. rujuk doktor pakar mane korang ni weh? doktor aku tak penah bagitau aku pon. heheh. kunyah ais perut boleh jadi buncit? ngahaha. gelak guling-guling jap. aku tengok kat luar sana ramai pakcik-pakcik yang tak gigit ais. tapi perut sedia melimpah dah. boleh buat tayar spare. kihkih. *jahat la korang! tak baik cakap camtu tau. nyiahaha.

yang last skali tu aku rase sangatlah menipu kan. biasa kita dengar susu boleh kuatkan tulang. tapi kali ni ais boleh kuatkan tulang. merepek sangat dah tu. hihi. vitamin ape yang ade dalam ais korang tu sampai boleh kuatkan tulang? camtu makcik pakcik yang dah tua tak payah susah susah nak beli susu Anlene dah. buat je ais batu sniri kat dalam peti ais kat rumah tu. sebab ada orang cakap ais boleh kuatkan tulang. huahahaha.


untuk tatapan je. nak basahkan tekak korang tak dapat la. kalau korang terer,amik sniri.


eh? ais kacang? haha. ais jugak kan?
byebye!

Nov 30, 2010

Soalan Nombor Tiga



Day 03 : A picture of you and your Friends




soalan suruh aku letak gambar dengan kawan-kawan kan? haha. nah! aku letak gambar dengan kawan-kawan kelas aku takpe kan? kan kan? hihih. aku search gambar aku dengan kawan-kawan aku, tapi tak jumpe. yang ni je aku dapat. ni pon aku copy paste dari kawan aku. gambar-gambar lama sume dalam lappy lain. lappy aku kira baru sket. so, tak banyak gambar aku save kat sini.

okey, mukadimah pon dah panjang lebar. skarang cite pasal gambar pulak lah.

❥ gambar ni time aku form 2, tahun 2006. wah lame gilo en gambar ni. time ni sume comel kenit-kenit lagi. hihih

❥ name kelas kitorang Kelas 2 Utarid. ngaaaa. jangan terkezut. skola kitorang memang pakai name planet. haha. tapi kelas Bumi je xde.

❥ form 2 antara tahun yang best jugak. kelas pon strategik. boleh intai cikgu datang. port yang best jugak untuk melepak. wah, melepak ye uolss. kecik-kecik da pandai lepak-lepak. =='

❥ aku rindu gila dengan budak-budak 2 Utarid. bila nak buat reunion 2 Utarid? ngahaha. mimpi lah!

❥ last but not least, ecece. haha.. rase nak jadi budak form 2 balik! bertukar!!


*bangun korang! skang dah Disember! Welcome December!!*

Nov 29, 2010

Soalan Nombor Dua




Day 02 : The meaning behind your blog name


ada apa dengan nama blog aku? haha. takde maksud yang tersirat dan tersurat pon.
okey. dulu name blog aku Belum Ada Tajuk kan? haha. yang tu sebab aku memang takde idea nak letak nama apa. tapi skarang aku dah bagi nama.

Awien's Journal

Awien = awien tu adalah nama aku. nama samaran aku. jangan pelik pulak eh.tapi kenapa awien's? yang tu kalau korang tak tau, pegi masuk sekolah balik. haha

Journal = diari aku, atau kisah hidup aku hari-hari. tapi tak semua benda kita boleh cerita kan?


*eh, seronok pulak hari-hari update blog.hehe*

Soalan Nombor Satu



Day 01 : A recent picture of you and 10 interesting facts about yourself


okey. ni gambar time pegi Teluk Batik. gambar ni bertarikh 31 Oktober 2010




=> nama Hajar Nur Azureen diberi oleh ayah aku. aku suka dengan nama aku sangat-sangat. jangan tanya kenapa. sebab aku pon tak tau.

=> aku seorang yang susah nak marah dan aku seorang yang happy go lucky. walaupun ada masalah, aku tetap senyum.

=> aku seorang yang pendiam kalau korang tak kenal aku dan aku akan menjadi seorang yang banyak cakap bila dah rapat dengan someone.

=> aku suka sangat jalan-jalan. kalau satu hari tak keluar rumah, even mak ayah aku keluar naik kereta je, aku nak ikot jugak.

=> aku tak suka simpan kuku panjang-panjang. sebab aku rase ia kotor. ouh ouh dan aku tak suka orang berkuku panjang. hihi

=> aku mempunyai habit yang sangat tak seronok. suka sangat tarik-tarik kulit bibir sampai berdarah. tapi ia best! mak aku marah aku tarik-tarik kulit bibir. tapi aku buat tak kesah.

=> hari-hari aku kena online. aku tak boleh hidup tanpa internet. ouh. that's so bad!

=> aku suka makan keropok. mak aku marah. sebab keropok tak baik untuk kesihatan.

=> aku seorang yang cinta dengan alam sekitar. kalau diberi pilihan sama ada laut dengan sungai, aku pilih sungai. *ade beza ke? =='

=> aku suka berkawan. kalau kau kawan dengan aku baik-baik, aku balas dengan baik-baik. kalau kau kawan ngan aku jahat-jahat, aku balas dengan jahat jugak!


*nombor satu selesai*









Nov 28, 2010

Cabaran 30 hari!

aku akan menjawab 30 soalan dalam 30 hari mulai dari hari esok!!
wish me luck! seronok ni!

Day 01 : A recent picture of you and 10 interesting facts about yourself
Day 02 : the meaning behind your blog name
Day 03 : A picture of you and your friends
Day 04 : A habit that you wish you didn't have
Day 05 : A picture of somewhere you have been to
Day 06 : Favourite super hero and why
Day 07 : A picture of someone/something that has a big impact on you
Day 08 : Short term goals for this month and why
Day 09 : Something you were proud in the past few days
Day 10 : Songs you listen to when when you are happy,sad,bored,hyped,mad
Day 11 : Another picture of you and your friends
Day 12 : How you found out about blog and why you made one
Day 13 : A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 : A picture of you and your family
Day 15 : Put your iPod on shuffle : First 10 songs that play
Day 16 : Another picture of yourself
Day 17 : Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 : Plans, dreams, goals you have
Day 19 : Nicknames you have, why do you have them
Day 20 : Someone you see yourself marrying/ being in the future
Day 21 : A picture of something that makes you happy
Day 22 : What makes you different from everyone else
Day 23 : Something you crave a lot
Day 24 : A letter to your parents
Day 25 : What i would find in your bag
Day 26 : What you think about your friends
Day 27 : Why are you doing this 30 days challenge
Day 28 : A picture of u last year and now, how have you changed since then?
Day 29 : In this past month, what have you learn
Day 30 : Who are you?


*chaiyok-chaiyok awien!!*













Top Blog




hai hai. rajin pulak aku nak update lagi kan. entry kali ni ialah Top Blog!! kat sini aku nak maksudkan top blog tu adalah blog-blog yang aku suka baca bila aku banyak masa dan bosan. sebab entry diorg panjang-panjang. so, ia mengambil masa untuk aku baca entry diorang. aku nak share TIGA blog bertuah yang aku suka baca. hikhik.

blog bertuah yang pertama

*
*
*
*
*
*
*
*
*



kalau korang tak kenal irine ni, korang memang bukan seorang blogger! HAHA. kalau lelaki tak kenal aku bleh percaya. tapi kalau anda adalah seorang blogger perempuan, tak kenal dengan blogger hebat ni, aku memang tak percaya. entry-entry irine banyak bercerita pasal hidup dia, family dia. aku pon dah kenal satu family dia hanya dengan membaca. hebat tak hebat tak? haha. irine ni ade fanpage. nak like boleh tekan sini. irine pernah jadi cover girl untuk majalah Dara! aku ada simpan majalah Dara yang time irine jadi cover girl tu okey.haha. die pon dah banyak kali masuk megazines, newspapers. dengan cara itu la die promote blog die. okey,follower kat blog die plak sangatlah ramai termasuklah aku. hehe. aku salah seorang peminat die. HAHA. *woi! aku straight okey! huh huh! ~


skarang, kita fly ke blog bertuah yang kedua!!
jeng jeng jeng

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



name kakak ni Fatin Liyana. skarang die tengah blaja medic kat Universiti Padjadjaran, Bandung Indonesia. even dia blaja medic, dia ada banyak masa nak update blog kan? aku yang gila punya free tak nak update. tapi skang aku sedang merajinkan diri nak update blog. ade orang bace blog aku ke? =='. okey, entry-entry Fatin Liyana ni pun best-best. aku baru je mengenali blog dia dan sedang mencintai blog kakak ni. aku terjumpa blog dia and aku baca satu entry je. tup tup, aku dah suka. huhu. aku share mane-mane blog yang aku rasa best. best bagi aku, tapi bagi korang aku xtau la. best lah best lah!!


dan blog bertuah yang terakhir!! tengok lambat-lambat sket eh.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



jeng jeng jeng!! korang gelak kenapa?!! aku tak buat lawak weh! HAHA. aku sniri pon nak gelak. tapi itulah hakikatnya. aku suka baca blog megat! tiap kali ko update, aku slalu follow ko tau tak.
kenapa dalam banyak-banyak blog kawan yang aku kenal, blog ko jugak aku pilih? haih =='
okeylah kan. biar la aku terus terang dengan hati yang ikhlas lagi suci ni. hikhik. blog ko memang sempoi. cara ko sampaikan cerita ko pon best. cam cite depan depan aku. pastu blog ko lawa. alah, dah banyak puji dah ni. megat! blanje aku pizza hut!! HAHAHA.


itulah TIGA blog bertuah yang aku suka baca. rasenye blog first & second, blogger laki tak nak follow sgt kot? haha. who knows. kot-kot korang nak follow sebab diorang comel kan?
tapi, bagi aku ketiga-tiga blog ni la aku rajin nak baca. eh2, korang jangan ingat aku tak baca blog lain. aku baca lah! cuma aku bagitau and share blog yang aku rase best untuk korang baca jugak! jangan mrajuk-mrajuk eh. blogger lain, korang update lah slalu. mane tau bleh termasuk dalam list favourite blog aku jugak. hihi.

bye bye!

Nov 27, 2010

Masa Kecik-kecik



hello hello korang. tengah bosan-bosan camni, aku terasa nak update blog. tetiba aku teringat cerita masa kecik-kecik dulu. kalau ingat zaman muda muda, (skarang pon still muda lagi.hehek) aku mesti rase nak gelak.




ingat tak masa kat skola rendah dulu, kita mesti ada pemadam yang ada gambar power2 kan? korang ingat tak untuk apa? haha. kita ada pemadam banyak-banyak bukan sebab guna untuk memadam kan? tapi kita guna untuk main LAWAN pemadam. ngahaha!! nak lawan pemadam, gambar kat pemadam mesti kena power! baru boleh menang kan?! famous kot game lawan pemadam ni. tapi budak-budak skarang xmain dah game lawan pemadam ni kan? then, ada jual lagi ke pemadam jenis cmni? budak-budak skang pakai Stabilo je kot skang. bleh dapat banyak A's dalam exam. kehkeh. *jangan percaya lah!


pastu korang ingat tak pembaris sume tak nak kalah. tambah-tambah budak perempuan. diorang punye pembaris mesti ade beralun-alun kat tepi, pastu ade air yang ade ikan dalam pembaris. kalau dulu, itu lah yang cukup dibanggakan. seronok sampai tak belajar sbb main pembaris yang ade air kat dalam tu. haha. aku pon penah ada pembaris tu. penah aku terpikir nak bukak pembaris air aku. sebab aku cari kalau-kalau ada lubang. macam mana diorang masukkan air dalam pembaris eh? hehe


lagi kan kan kan!!! ngahaha. excited gila nak cite kat korang en! dulu aku suka sangat dengan pensel warna jenama Luna. tiap kali bukak sekolah tahun baru, mesti kena beli Luna kan?korang mesti same kes macam aku! dah la nak yang panjang. yang ade 12 batang pensel warna tu. yang kecik-kecik tak nak. demand betul budak-budak dulu. haha. aku ingat lagi, dalam banyak-banyak barang yang aku ada, kaler Luna la yang paling aku kedekut sket nak bagi kawan-kawan pinjam. sebab diorang kaler sampai tumpul. aku sayang gila kot ngn kaler Luna aku! beli mahal ni! HAHA. tengok gambar sket.


ala, kalau dulu dapat jugak la pensel warna Luna yang panjang ni setelah penat lelah aku merengek-rengek. tapi budak-budak skarang, tak payah yang 12 batang ni, siap yang 24 batang boleh bukak dua belah cam buku tu pon senang-senang je dapat.

pastu kan korang, kalau kecik-kecik dulu, mesti aku mintak beg tarik kat mak aku. aku rase stat darjah 3 aku dah pakai beg tarik. buku banyak kot. HAHA. beg tarik pon tak nak kalah. nak jenama Swan! hehe. bila pegi skola tak payah dah nak gendong-gendong beg tu. *padahal aku pegi skola naik kereta. dari kereta ke kelas je tarik. haha. yela, mak aku kan cikgu skola. sekali la sekolah ngn aku. tapi pemalas.nak jugak beg tarik.

haha. seronok ingat zaman masa kecik-kecik. *sengih- sengih habiskan ayat.






Nov 21, 2010

Cinta Seorang Pemuda






saya suka tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh!! sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul.. sungguh!! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup sampai bila-bila.. takut dibakar oleh api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Maha Pencipta.

saya suka sangat tengok body teman wanita saya.. solid betul. sungguh!! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan kekasihnya Yang Maha Utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapNya. saya pon tumpang dapat pahala.. syoknya!

saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. saya pon macam tu juga. si dia tanya, "apa ubatnya, sayang?" saya pon bagi dia
Al-Quran sebagai penenang jiwa.. semoga dia lebih cintakanNya daripada saya.

saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; "makan minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok.. nanti awak jatuh sakit saya jugak yang susah hati". tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu sahaja, dia tak kata satu apa pon. Aduh!! berdosanya saya!

saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta selama-lamanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih-sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami.. semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti, Amin...


Nov 10, 2010

kisah rumput dan kasih sayang


assalamualaikum korang korang.
hari ni aku nak share kisah rumput. haha. ape kena mengena rumput dengan kasih sayang kan?
korang pernah dengar cerita rumput ni tak? tak pernah? pernah? pernah ke tak pernah ni?
aku nak cerita pasal rumput ni. haha




Kisah ini adalah tentang seorang pelajar sekolah tanya cikgu dia macamana nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang. Masa tu cikgu dia tengah mengajar tentang kasih sayang dan cikgu tu suruh dia pergi ke padang dan mengambil rumput yang paling cantik di depan mata dia tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Bila dah petik, terus ambil dan bawa ke kelas. Si pelajar tadi pun buatlah tapi bila balik ke kelas tak ada pun rumput di tangan nya.

Cikgu: Mana rumput?

Pelajar: Tadi cikgu kata pilih yang cantik, memang banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, saya pun mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi tapi saya tak jumpa yang paling cantik pun bila dah sampai di hujung padang. Mungkin ada yang paling cantik di belakang tapi cikgu tak bagi saya menoleh ke belakang lagi maka tiada lah rumput yang saya petik.

Macam tu lah lebih kurang jawapan pelajar tu tadi.

Cikgu: Itu lah kasih sayang. Bila kita dah jumpa yang kita sayang, kita janganlah mencari yang lebih baik lagi. Hargailah orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi, yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi orang yang cantik dan baik di luar sana, macam rumput tadi.

jadi, kesimpulannya kat sini

hargailah orang yang kita sayang. walaupun ada yang lebih cantik dan terbaik, mereka tetap istimewa selamanya.


















Nov 8, 2010

pizza craving!




salam.
hai pembaca-pembaca yang comel.

-
-
-
-
-
-
-



eh eh. gambar atas takde kena mengena dengan apa yang aku nak cerita. saje je buat hiasan sekejap. hari ni aku nak cerita. tapi cerita pakai gambar je. orang cakap gambar menceritakan segalanya. kan kan? haha. so, based on gambar kat atas ni,korang rasa aku nak cerita apa?

atas bukit ada rumput, rumput panjang tak pernah lihat, rumput atas bukit, bukit yang cantik.hey!bukit yang cantik!
atas rumput ada aku, aku yang comel, xpernah lihat, aku atas rumput, rumput atas bukit, bukit yang cantik. hey! bukit yang cantik! ngahaha.korang tau lagu ni tak? lagu ni panjang lagi. tapi cukuplah aku merepek sampai sini je. gambar nak bercerita ni.


dua minggu lepas, kitorang buat girl's day out kat pizza hut. seronok!
so, gambar ceritakan segalanya.nyiahaha!!


1


2


3


4


5


6


7

haha. hangout berdua je. best sebab tak banyak hal. senang bincang same same. kan kan?
okey. next girl's day out bila? ngahaha!


Nov 7, 2010

make over

hai labah-labah yang menari-nari. dan hai jugak pada korang! lama sangat tak update blog. dari bulan julai sampai sekarang dah pun bulan november! eh eh, November tau!! hehe. aku mention kan sikit bulan November tu! kepada yang faham, terima kasih banyak banyak. fuh fuh*flying kiss.

nampak tak perbezaan perubahan blog aku? haaaa. ade beza kan? daripada yang tak lawa dulu dah bertukar kepada tak berapa nak lawa. penat ni edit siang malam. peluh sana sini. tunggang terbalik tergolek aku berusaha nak make over balik blog aku ni. ngahahaha. *melampau kan? walaupun tak secantik blog kawan-kawan aku macam yang ade salji-salji turun kat blog diorang, tapi cukuplah sekadar menyedapkan mata korang yang singgah jalan-jalan kat blog aku ni.*senyum lebar-lebar sampai telinga*

dan dan dan lagi satu perubahan!! perasan tak perasan tak? blog aku dah ade lagu. ngahahaha.
aku jarang jugak letak lagu kat blog. so,sekarang nak tinggal blog lame-lame pon takpe la kot kan? sebab blog tak sunyi lagi sebab ade yang bising-bising. ngahahaha!

bye bye blog!

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen