blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Dec 10, 2010

Soalan Nombor Tujuh




Day 07 : A picture of someone/something that has a big impact on you



ni mak dengan ayah aku. gambar ni di'snap' masa kitorang pegi umrah bulan enam aritu. ye,gambar mak dan ayah aku lah yang memberikan impak yang TERSANGAT BESAR kepada aku. terlalu besar pengorbanan mak dan ayah aku yang telah mendidik,membimbing dan menjadikan aku seorang manusia berguna, InsyaAllah. banyak impak dan perubahan dari dulu hinggalah sekarang.

Kerana mak dan ayah, aku dah hidup kat dunia ni selama Tujuh Belas Tahun. lama tu 17 tahun. selama 17 tahun mak dan ayah aku bagi aku makan, minum, pakai dan didikan yang mencukupi. alhamdulillah semuanya cukup, malah mungkin terlebih. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana mak dan ayah, aku telah berjaya menjadi seorang pelajar. dari kecil mak masukkan aku belajar kat tadika, kemudian ke sekolah rendah, dan meningkat ke sekolah menengah. setelah tamat tingkatan lima, aku menjejakkan kaki ke UITM Sri Iskandar pulak. yuran, barang-barang yang nak kena dibeli, duit untuk beli buku-buku yang mahal, siapa lagi yang bagi kalau bukan mak dan ayah aku. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana mak dan ayah, syukur alhamdulillah kepada Tuhan aku semakin sihat. mak dengan ayah belanjakan duit yang banyak untuk beli ubat-ubat aku. demi kesihatan aku, mak dan ayah sanggup menghabiskan duit walau beribu sekalipun. Terima kasih mak, ayah. :')

Kerana Tuhan, aku dikurniakan mak dan ayah yang cukup menyayangi diri aku.
Terima kasih Ya Tuhan. :')


*tamat dengan titisan air jernih di pipi*









2 comments:

aleeya said...

semoga sentiasa berada dlm keadaan sihat..^_^
urm..btul tu..mak n ayah ialah segalanya..sayanglah diorg selagi diorg masih ad..oke..hehehhe..^_^

AwiEn said...

thanks aleeya. ;)
sentiasa sayang mak ayah! :')

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen