blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Dec 17, 2010

Soalan Nombor Empat Belas



Day 14 : A picture of you and your family


Assalamualaikum. hari ni aku kena share pulak gambar aku dengan family aku yang tercinta. setelah dikobek, digeledah, dan digodam laptop aku ni, aku hanya menjumpai satu gambar lengkap aku dengan family aku. gambar memang dah berkurun lama. sebab tangkap kat studio kan. kalau sekarang susah nak kumpul ramai-ramai nak tangkap gambar sekali. kakak-kakak aku semua busy dengan study.


okey korang boleh gelak sekarang. =='

tengoklah betapa antiknya gambar family ni. aku pon still sememeh, selekeh dan sebagainya. adik aku comel, kecik kemetot lagi. skarang ni dia lagi tinggi daripada aku dan kakak sulung aku. tapi, ayah aku maintain hensem, mak aku maintain lawa. hahaha. kitorang je yang berubah sekarang. ada yang makin tinggi, makin besar, dan aku surelah makin comel. *angkat bakul sniri kejap. lama dah tak buat* hehe. kenapa tangkap gambar sekali dengan medal-medal dan piala eh? aku pon sebenarnya tak tahu-menahu dalam semua ni. aku tak tahu apa motif sebenar ayah aku buat macam tu. nak tunjuk anak-anak dia punya medal ke? sah-sah bukanlah medal aku. sebab aku bersukan sampai darjah 4 je. lepas tu aku dah tak boleh join sukan dah. medal aku ada la dua or tiga kat situ.

eh, lupa pulak. mana-mana dan siapa-siapa tak kenal aku yang mana satu, meh la aku bagitau. terasa berat je nak bagitau ni. aku yang sebelah ayah aku tu. pakai baju kurung bunga-bunga hitam putih. boleh gelak kalau korang nak gelak. sob sob sob. tengoklah muka muncung aku. sikit pon tak nak senyum bila tangkap gambar. ngahaha. sebenarnya aku merajuk dengan mak aku. sebab aku tak nak pakai baju kurung tu. sebab baju kurung tu sangat tak lawa! orang nak pegi tangkap gambar nak la jugak pakai baju lawa-lawa. last-last aku kena pakai baju tu, naiklah muncung aku. haha. ala, budak-budak lagi time tu. biasa lah! *cover sikit*. tudung aku punyalah labuh. tak masuk pulak dengan warna baju aku. suka-suka hati aku je nak pakai camtu kan? =='

ini lah family aku. adess. salah susun ayat pulak. last-last baru nak cite pasal family kan? haha. balun jela. adik beradik aku ade enam orang. kalau tak percaya, korang boleh kira kat gambar tu. lepas tu, kitorang semua perempuan. takde lelaki, dan tak akan ada adik beradik lelaki. haha. ayah aku adalah satu-satunya lelaki dalam family aku. nama adik beradik aku semuanya bermula dengan nama 'HAJAR'. contohnya seperti nama aku iaitu Hajar Nur Azureen.

kakak aku yang sulung skarang tengah tunggu tawaran untuk jadi cikgu. kakak second aku still belajar medic kat UIA Kuantan. kakak aku yang nombor tiga dah habis belajar. next year dia praktikal kat sekolah. bakal cikgu jugak. kakak aku yang nombor empat still degree kat shah alam. aku pulak, sedang bercuti khas daripada UiTM Sri Iskandar. and the last one, adik aku form 2 tahun 2011 kat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Mak dan ayah aku bekerja sebagai guru di sekolah rendah. rumah aku rumah teres, diperbuat daripada batu. kat rumah aku, takde maid. tau tau? haha. itu je kot pasal family aku.

kalau korang nak tau lebih-lebih, tanyalah aku eh. jangan segan-segan. haha. bye bye!






4 comments:

SOL ARAZI said...

byk giler medal...

AwiEn said...

hahah. kakak-kakak punya. ;)

fatema said...

salam.hi awien.akak paling suke tengok gambar family..xtau nape tp valueable ler..nice pic + medal huhu

AwiEn said...

waalaikumussalam.saya pon suka. dah lama xtangkap gambar 1 family. susah nak kumpul ramai-ramai skarang ni. btw, thanks for the comment!! :D

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen