blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Dec 16, 2010

Soalan Nombor Tiga Belas




Day 13 : A letter to someone who has hurt you recently



surat yang aku tulis ni khas untuk kau.

dear my *some text missing*
terlebih dahulu aku nak mintak maaf dari mula aku kenal dirimu sehingga hari ini. aku tahu aku telah melukakan hatimu. bukan sekali, malah berkali-kali. kau terlalu sempurna buatku. tutur katamu tak pernah sekalipun menyakitkan hatiku malah ia membuatkan aku tersenyum selalu bila aku berada bersamamu. aku terlalu senang ketika bersamamu. mungkin kini aku tidak dapat merasai semua itu lagi. maafkan aku.

jika mengikut soalan ini, surat ini hendaklah ditujukan kepada seseorang yang telah melukakan hatiku baru-baru ini. aku ingin meminta maaf sekali lagi. kau bukanlah menyakitkan hatiku, tetapi secara jujur aku sedikit terasa dengan apa yang kau katakan. kau tidak mungkin akan berkawan denganku seperti mana kita berkawan selama ini. terlalu berat bagiku, kerana kau adalah salah satu rakan yang terlalu istimewa bagiku. tetapi, aku tidak mungkin akan memaksamu. kerana itu adalah kehendakmu dan aku perlu menghormatinya.

terima kasih kerana menjadi rakan yang terlalu sempurna buatku. sukar dirimu untuk kucari ganti. terima kasih juga untuk segala masa, wang dan tutur katamu yang sentiasa membuatkan aku tersenyum. sukar untuk aku membalasnya. segala kenangan semenjak perkenalan kita hingga kini, sentiasa dalam ingatanku, Insyaallah. maaf kerana tidak dapat menjadi seperti apa yang kau mahukan. doaku agar kau bahagia di luar sana. akhir sekali, maaf dan terima kasih atas segalanya. :')


*entry yang serius untuk hari ini*





4 comments:

Megat Azfar said...

oh..jangan sedeh yea. kumbang bukan seekor. malah berekor2.. HAHA

AwiEn said...

sob sob. baiklah kumbang! ;D

Lucy S. said...

sedih laa entri ni. i've made a lot of mistakes towards my friends too :(

AwiEn said...

thanks komen. jangan sedih2 ye ;)

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen