blockquote:hover { background:url(http://mycutegraphics.com/backgrounds/flower/flowerbg119.gif)repeat left bottom ; border: 2px dashed #000000; }
thanks sudi singgah blog ni. jom exchange link. kau jenguk aku, nanti aku jenguk kau balik. =)

Jom Exchange Link

Jan 2, 2011

Soalan Nombor Dua Puluh




Day 20 : Someone you see yourself marrying/being in the future

Assalamualaikum. hari ni cuaca sejuk je. petang tadi hujan lebat sangat. malam pulak sejuk sampai membuatkan aku yang sihat ni demam. ouh, ujian Tuhan lagi. orang yang Tuhan bagi banyak ujian, Tuhan sayang lebih kan? wink wink!! (tunjuk gigi). takpelah, even aku tengah demam aku nak jugak update blog aku sebab soalan dah tertunda. tapi hari ni soalan aku dah soalan yang ke-20! lagi 10 soalan, aku akan habis menjawab cabaran 30 hari ni! tapi kan kan, lepas ni maybe jarang update blog la.haha. pulak dah. =='


sebenarnya aku takde someone special skarang ni. kalau aku ada bf iaitu Fahrin, sah-sah la aku bagitau korang camni. "satu hari nanti, aku nak kawin dengan Fahrin. Fahrin lah bf aku yang paling baik pernah aku kenal selama ni. moga-moga harapan aku untuk sehidup semati dengan Fahrin akan tercapai. Love u damn much sayang!" itu kalau aku ada Fahrin la kan. Haha. geli doe! (jangan nak geli sangat. dulu kau pon camtu jugak ~) korang la. bukan aku eh. ngahaha!



so, disebabkan aku takde Fahrin (wink!), aku tak boleh nak cakap dengan sape aku nak being with in the future. tapi, aku boleh share ciri-ciri lelaki yang aku nak. ngahaha. seperti entry aku sebelum ni, aku ada share sedikit ciri-ciri yang aku nak. semestinya tak nak someone yang mengongkong aku. kalau tak betul, baru tegur. orang yang baik dan baik-baik. haha. lain kan maksud baik dan baik-baik kat situ. bersopan-santun berbudi bahasa. baru boleh jadi menantu mak pak aku. ngahaha. seorang yang kemas dan tak selekeh. pakai elok-elok. kalau seluar jeans ade koyak-koyak kat lutut, memang nak kena sepak ngan aku. berambut pendek, kan nampak comel u. kuku tak moh panjang-panjang tau. aku cukup pantang dengan orang yang berkuku panjang! boleh cederakan orang tau tak. luka tangan orang nanti. haha. (wink lagi!) tak pakai seluar pendek bila ada kat luar dari kawasan rumah. bulu kaki korang panjang-panjang, lebat-lebat plus bergulung-gulung tau tak?! geli siot aku tengok! haha. maaf kepada yang terasa. sape yang perasan diri tu ade bulu kaki camtu, touching ke ape, mintak ampun eh. hehe. aku takde niat nak sakitkan hati korang. cuma, ni blog aku! suka hati aku la! haha ~

ouh, ciri-ciri tambahan pon ade. aku nak yang kaya. lebih baik kalau dia anak dato. ade rumah besar, kereta mewah, duit sah-sah la banyak kan. hahaha. (gelojoh sangat tak aku ni). hey dey! aku main-main je okey. siapa la aku yang kerdil ni nak dapat anak dato. "gedik lah kau ni awien! macam-macam kau nak!" kata *some text missing*. hurm, macam tu la ciri-ciri nya. yang ciri-ciri tambahan ni aku joke je tau tau! tau ke?! so, aku tak pernah berangan nak kawin dengan sape-sape terutamanya Fahrin. (okey, skarang baca dengan nada yang romantik dan berbisik) cuma, aku impikan jejaka yang dapat memenuhi ciri-ciri yang aku nak. (okey,boleh muntah skarang) kalau ade yang berciri-ciri camtu, roger la aku. haha. jokejokejokejoke. *baca dengan ejaan joke. bukan kejo* okey, till here then. demam dah kebah. aku nak main game pulak.bye!


*setiap wink = 1 kali kenyit mata


*kenyitlah mata puas-puas eh*






No comments:

 

Blog Template by Hajar Nur Azureen