Dec 28, 2010
Soalan Nombor Sembilan Belas
Soalan Nombor Lapan Belas
Dec 26, 2010
Soalan Nombor Tujuh Belas
Day 17 : Someone you would want to switch lives with for one day and why
hai hai. soalan hari ni memang mencabar. berpeluh aku nak jawab. haha. tak tak. aku tipu je. aku tak nak tukar diri aku dengan sape-sape pon. aku happy menjadi diri sendiri. punya nama sendiri yang sedap. hahaha. dan semestinya happy dengan apa yang aku ada. aku tak nak tukar dengan sape-sape sebab, nanti kalau dah tukar, takut tak boleh tukar balik. nyiahaha. buat apa nak tukar dengan orang lain kan, orang pon tak hingin nak jadi aku la. huuuuuu T_T
*happy menjadi diri sendiri, tak payah la nak jadi sape-sape*
eh, kalau jadi macam era fazira pon ape salahnye kan? haha!
Soalan Nombor Enam Belas
Dec 19, 2010
Soalan Nombor Lima Belas
Dec 17, 2010
Soalan Nombor Empat Belas
Dec 16, 2010
Soalan Nombor Tiga Belas
Soalan Nombor Dua Belas
Dec 15, 2010
Maafkan Aku
Dec 14, 2010
Soalan Nombor Sebelas
Dec 13, 2010
Soalan Nombor Sepuluh
Dec 12, 2010
Soalan Nombor Sembilan
Selamat Datang Cinta Baru!!
aku penah jugak rasa macam tu. tapi aku selalu syok sniri je.haha. senyum-senyum, ingat something yang sweety sweety pie yang jadi, peluk-peluk tumbuk-tumbuk bantal. haih haih. itu semua kenangan masa aku kecik-kecik dulu. ewah. kecik masa bila pulak la kan. masa aku sekolah dulu-dulu. biasa la puppy love dalam kalangan budak-budak sekolah macam aku.tambah-tambah lagi bila baru mula-mula couple. amboi bukan main lagi. henset 24 jam kat tangan uoooollss. itu dulu, bukan sekarang.hihi.
skarang ni aku nak tanya korang. dengar sini! haha. seronok ke ade boyfren, girlfren? seronok? tak? seronok ke tak? kalau tanya kat kawan-kawan aku ni, mesti ade yang jawab best! dan ada jugak yang jawab bosan. tahniah pada korang-korang yang seronok dengan cinta. yang bosan dengan cinta, takpe jangan sedih-sedih bagai nak rak. haha. ala, kalau kawan-kawan aku, baru je clash, senang-senang je dah dapat yang baru. aku pon kadang-kadang pelik bin hairan. nangis bukan main lagi, pastu dah ade yang baru. ketuk baru tau!
bukan senang nak jumpa lelaki yang betul-betul baik. semestinya kita sebagai seorang perempuan atau lebih dikenali sebagai wanita, (eceh!) nak kan seseorang yang memenuhi citarasa kita. kan kan? mana perempuan ni? haha. lelaki pon tak kurang jugak. diorang pon ade ciri-ciri pilihan. kalau aku, aku memilih lelaki yang...... (wah! nak share ni) lelaki-lelaki, sila ambik perhatian. hahahah!
❀ tak mengongkong aku *ingat aku ni isteri kau?!*
❀ yang baik
❀bersopan-santun berbudi bahasa
❀ tak selekeh, kemas
❀ rambut potong pendek-pendek *kalau nak panjang, jaga elok-elok.haha*
❀ kuku sentiasa pendek!
❀ bila keluar dengan aku, tak berseluar pendek, pakai kasut (lebih cantik sandal)*bukan selipar
❀ ouh, itu je kot. *woi, tak kawin la kau! HAHA*
main-main je ni.tapi ciri-ciri yang aku nak, lebih kurang macam tu la. jangan lepas ni, ade orang yang tanya-tanya aku sudah la eh. haha. ini sebagai contoh dan sesuka hati aku dalam blog ni. tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. *kena mengena ke?*
*kesan luka cinta lama tak sembuh lagi, mana boleh nak datang cinta baru!*
selamat malam cinta!
Dec 11, 2010
Soalan Nombor Lapan
Assalamualaikum.hai hei hoi semua. haih. mata sebenarnya terasa berat. jari pulak terasa malas nak menaip kat papan kekunci lappy ni. kepala dah pikir pasal katil kat atas. hahaha. banyaknye mengeluh. hish hish. tak senonoh betul budak ni kan. ngahahaha. lantak korang la nak cakap ape pon, aku dah mengantuk ni. tapi aku gagahkan jugak diri nak update blog untuk hari ni.
tadi baru lepas kenduri tahlil kat kampung. sebab tu aku penat balik-balik ni. nak update pulak untuk soalan nombor lapan iaitu.......
SHORT TERM GOALS FOR THIS MONTH AND WHY
skarang ni bulan disember, ape yang aku target untuk bulan ni eh? aku pon tak tau la. kalau lari sikit daripada soalan takpe tak? haha. sebab aku takde target yang betul-betul aku nak untuk bulan ni. cuma aku mengharapkan yang kesihatan aku bertambah baik dan akan terus berterusan macam ni. yang ni target untuk SEUMUR HIDUP. haha. boleh kan kan?
skarang ni alhamdulillah kesihatan bertambah baik. cuma every two weeks aku kena buat transfusion. kena masuk darah berbag-bag. Haha. tak, aku tipu je. kadang-kadang satu or dua bag je. ouh, satu bag darah pon makan masa tiga jam nak masuk dalam badan aku. kalau 2 bag, enam jam aku duduk menanguk je kat hospital tu. kalau pagi datang, petang baru balik rumah. dah macam orang pegi balik keje tau tak? fuuuh fuuuhh ~
Gambar ni time transfuse darah tiga minggu lepas. aku bosan sampai tak tau nak buat apa. yang ni la hasilnya hahah. kalau time transfuse darah, keje aku tido ngan makan je atas katil tu. kakak aku tunggu sambil tengok movie. tengok movie sorang-sorang, aku tak boleh join. takpe la kan. tido lagi best! haha. ouh ouh! short terms goal aku jugak, aku tak nak masuk-masuk darah lagi. cukupkanlah darah merah aku everytime check blood count! tak payah aku masuk darah lagi. yeeeepiiiiiii!!
*mata dah mengantuk! nak tido!*
bye bye take care readers!
Dec 10, 2010
Soalan Nombor Tujuh
Soalan Nombor Enam
Dec 9, 2010
Cinta Tak Semestinya Memiliki
Dec 8, 2010
Soalan Nombor Lima
Soalan Nombor Empat
Nov 30, 2010
Soalan Nombor Tiga
Nov 29, 2010
Soalan Nombor Dua
Soalan Nombor Satu
Nov 28, 2010
Cabaran 30 hari!
Top Blog
*
*
*
*
Nov 27, 2010
Masa Kecik-kecik
Nov 21, 2010
Cinta Seorang Pemuda
Nov 10, 2010
kisah rumput dan kasih sayang
Kisah ini adalah tentang seorang pelajar sekolah tanya cikgu dia macamana nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang. Masa tu cikgu dia tengah mengajar tentang kasih sayang dan cikgu tu suruh dia pergi ke padang dan mengambil rumput yang paling cantik di depan mata dia tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Bila dah petik, terus ambil dan bawa ke kelas. Si pelajar tadi pun buatlah tapi bila balik ke kelas tak ada pun rumput di tangan nya.
Cikgu: Mana rumput?
Pelajar: Tadi cikgu kata pilih yang cantik, memang banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, saya pun mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi tapi saya tak jumpa yang paling cantik pun bila dah sampai di hujung padang. Mungkin ada yang paling cantik di belakang tapi cikgu tak bagi saya menoleh ke belakang lagi maka tiada lah rumput yang saya petik.
Macam tu lah lebih kurang jawapan pelajar tu tadi.
Cikgu: Itu lah kasih sayang. Bila kita dah jumpa yang kita sayang, kita janganlah mencari yang lebih baik lagi. Hargailah orang yang ada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi, yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi orang yang cantik dan baik di luar sana, macam rumput tadi.